Puteri Aida Haryani | |||
|
"Keraja
Berucap merasmikan konvensyen jaminan bekalan makanan 2010-2020 di ibunegara hari ini, beliau berkata kerajaan sedang mengkaji cadangan pemberian insentif yang lebih efektif dan menarik bagi menggalakkan sektor swasta melabur dalam teknologi jimat buruh, terutama bagi pertumbuhan sektor pertanian dan industri asas tani negara.
Menurutnya, pengeluaran hasil pertanian perlu berubah daripada sistem yang bergantung kepada tenaga buruh kepada sistem berintensif teknologi dan inovasi yang mesra alam, bagi meningkatkan produktiviti dan pengeluaran pertanian.
Timbalan perdana menteri berkata, ini kerana pada masa ini lebih 50 peratus pekerja sektor pengeluaran makanan merupakan pekerja asing.
"Saya amat mengharapkan agar dengan memperkenalkan penggunaan mekanisasi dan automasi, bukan sahaja dapat mengurangkan keperluan buruh, tetapi juga mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing," katanya.
Muhyiddin berkata, kerajaan telah melaksanakan Dasar Jaminan Bekalan Makanan bagi menangani krisis makanan dalam tahun 2008.
Pelaksanaan dasar ini dapat meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara dan merupakan satu strategi jangka pendek.
Bagi memastikan pengeluaran makanan dalam negara berdaya saing, katanya, paras produktiviti perlu ditingkatkan manakala kos pengeluaran pula dikurangkan.
Muhyiddin berkata, penggunaan mekanisasi dan automasi pertanian perlu diperluaskan untuk meningkatkan pengeluaran, nilai ditambah dan kecekapan guna tenaga.
Selain itu, tambahnya, perubahan tersebut dapat menjana teknologi baru seperti teknologi nano, bio dan maklumat yang relevan kepada industri agro-makanan.
Tambahnya, pelancaran Model Baru Ekonomi akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Bagaimanapun, jelasnya, cabaran pada masa hadapan adalah untuk memastikan pengeluar mendapat pendapatan yang tinggi dan dapat mengekalkan harga yang berpatutan kepada pengguna.
"Contohnya kalau geran setara, kalau satu syarikat beli mesin, dia boleh keluar separuh, kita (kerajaan) separuh. Selain itu kita juga telah bekerjasama dengan pihak syarikat untuk menyediakan tenaga kerja yang terlatih," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian tersebut.
Noh berkata Dasar Pertanian Negara Keempat bagi tempoh 2011 hingga 2020 bagi menggantikan Dasar Pertanian Ketiga yang berakhir tahun ini, sedang dirangka dan akan mengandungi dasar sektor agro-makanan.
"Dasar yang sedang dirangka telah mengenal pasti beberapa prospek dan hala tuju strategik berkaitan dengan pelaburan, penyelidikan dan pembangunan, pembangunan sumber manusia, pembangunan institusi dan sistem penyampaian perkhidmatan bagi memastikan persekitaran yang menyokong produktiviti dan pengeluaran makanan dalam negara," katanya.
Konvensyen sehari itu bertujuan untuk membincang dan mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri asas tani mengenai jaminan bekalan makanan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan