HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Mei 2010

Kaji balik penangguhan larangan

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Penangguhan pengharaman penjualan rokok 14 batang yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Jun ini akan melemahkan keberkesanan pelaksanaan kempen berhenti merokok.

Ketua Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kerajaan perlu mengkaji semula keputusan tersebut kerana tindakan itu seolah-olah menggalakkan orang ramai untuk terus merokok.

"Kerajaan mesti tegas dalam menguatkuasakan undang-undang bagi membendung masalah merokok terutama di kalangan remaja supaya negara tidak kehilangan mereka akibat pelbagai penyakit kesan daripada merokok.

"Saya berharap kerajaan kaji balik keputusan tersebut dan meneruskan penguatkuasaan undang-undang terhadap larangan pengilangan dan penjualan rokok kurang daripada 20 batang sekotak demi kesejahteraan rakyat pada masa depan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Urusan Philip Morris Malaysia (PMM), Richard Morgan berkata, penangguhan saat-saat akhir larangan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Jun ini amat mengejutkan memandangkan PMM telah bersedia untuk melaksanakannya sejak enam tahun lalu.

Sehubungan itu, PMM mendesak kerajaan terutama Kementerian Kesihatan untuk mengemukakan alasan berhubung tindakan tersebut.

Tiada ulasan: