HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Mei 2010

Tanah KTMB DiBangun,Bagaimana Dengan CPF Pekerja Semenanjung?

Oleh IZMAS

RAKYAT mungkin tidak mempersoal motif kerajaan membangunkan bersama tanah Keretaapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan pemerintah Singapura kerana matlamtnya dapat dinikmat bersama. Malah Malaysia mendapat sedikit keuntungan apabila diberikan 60 peratus kepentingan dalam syarikat MS Pte Ltd di mana Singapura cuma mendapat 40 peratus.

Dalam persetujuan bersama itu, sebagai pertukaran kerajaan kita ditawarkan dua bidang tanah di kawasan startegik pembangunan Marina South dan Rocho Ophir yang nilainya sama dengan nilai tanah KTMB yang bertaburan di repulik itu seluas 217 hektar. Nilai tanah di KTMB ditaksirkan oleh pakar hartanah di negara jiran itu sekitar SD700 juta. Dalam istilah mudah, jika projek pembangunan bersama antara kedua negara menerusi MS Pte Ltd terlaksana, ia memberi keuntungan besar kepada negara berbanding republik itu yang memegang saham 40 peratus sahaja.

Penyelesaian isu KTMB dianggap kejayaan bagi PM Najib dan PM Lee Hsein Loong dalam menghapuskan legasi silam yang didakwa menghambat perhubungan baik antara kedua negara jiran sejak 20 tahun lalu. Isu itu sudah membuka lembaran baru yang lebih bermakna apabila banyak projek pembangunan lain seperti pembinaan Sistem Pengangkutan Deras yang menghubungkan stesen baru di Tanjung Puteri di Johor dengan stesen transit terakhir Aliran Ringan (MRT) Singapura. Kerajaan juga dikatakan akan menerima pelaburan besar-besaran atas nama kongsi 50-50 untuk membina Kota Kesihatan seluas 200 hektar berkonsepkan adunan perubatan moden dan alternatif selain riadah di kawasan itu.

Namun, di sebalik berita gembira itu, rakyat lupa satu isu yang tidak dibincang, tidak didedah dan belum dimuktamadkan menyentuh soal pemulangan kembali wang simpanan pekerja (CPF) - di sini dipanggil EPF - pekerja dari Semenanjung yang sudah berhenti. Pekerja dari Malaysia Timur, iatu Sabah dan Sarawak dibenarkan mengeluarkan semua simpanan mereka dalam CPF apabila mereka berhenti atau diberhentikan tanpa banyak alasan. Namun, pekerja dari Malaysia barat atau Semenanjug tidak dibenarkan mengeluarkan wang simpanan CPFnya oleh pemerintah Singapura atas alasan yang tidak diketahui.

Kenapakah pekerja dari Sabah dan Sarawak dibenarkan mengeluarkan wang simpanan mereka apabila sudah tidak lagi berkerja di Singapura sedangkan pekerja dari Semananjung tidak dibenarkan? Apakah bezanya pekerja dari Semanjung dengan pekerja dari Sabah dan Sarawak? Kenpakah pemerintah Singapura membezakan kedua kelompok pekerja itu seolah-olah wujud dasar double standard yang ketara? Mengapa kerajaan dibawah Najib tidak membawa isu itu sebagai penyelesaian dalam isu pembangunan tanah KTMB yang dipesetujui bersama dengan pemerintah Singapura?

Salah satu teori mendedahkan pemerintah Singapura sengaja menyimpan wang CPF pekerja dari Semenanjung kerana jumlahnya terlalu banyak dan bakal merugikan jumlah simpanan tetap negara (national reserve) mereka jika semua pekerja dari Semenanjung dibenarkan mengeluarkan semua wang CPFnya. Pendapat lain mendakwa sebahagian wang simpanan itu digunakan untuk tujuan pembangunan dan pelaburan negara itu di dalam dan luar negara. Ini mengingtakan kita kepada episod simpanan berbillion dollar wang pedagang keturunan Cina Indonesia yang tersimpan di bank-bank utama republik itu – ketika krisis ekonomi Asia 1997 - tidak dibenarkan keluar oleh Lee Kuan Yew atas alasan yang sengaja dibuat dan tidak diterima akal.

Jumlah pekerja kita dari Semananjung yang bekerja di repaublik itu begitu besar mencecah jutaan orang – bermula sejak tahun 1965 – dan jumlah simpanan wang mereka dalam tabung CPF Singapura dianggarkan mencecah ribuan billion dolar Singapura. Pekerja dari Semenanjung hanya boleh mengeluarkan semua wang CPFnya apabila mencecah usia 55 tahun.

Sebelum usia itu mereka tidak dibenarkan walaupun mereka sangat memerlukan setelah berpenat lelah berkerja di negara asing itu untuk membeli rumah baru di sini, menunaikan haji, membaiki rumah, bekalan belanja selepas berhenti atau diberhentikan kerja di negara itu. Isu ini sepatutnya menjadi perhatian Najib dan menjadi cagaran jika Singapura bersetuju menyelesiakan isu-isu tertangguh lain seperti pemindahan stesen KTMB dari Tanjung Pagar ke Woodlands, pembangunan bersama tanah KTMB dan pelbagai projek pembangunan di Iskandar?.

Kerajaan Malaysia dibawah Dr Mahathir pernah mengungkit isu itu dan mendesak Lee Kuan Yew (orang yang paling berkuasa di pulau kecil itu) memulangkan semula semua wang CPF pekerja dari Semenanjung yang layak, tetapi Kuan Yew yang terkenal dengan sikap kaisu ( tidak mahu kalah dan selalu mahu menang - walaupun menyakitkan hati jiran) berdegil tidak menghiraukan permintaan Malaysia. Mahathir dikatakan menggunakan isu itu untuk tidak bersetuju bekerjasama membangunkan tanah KTMB selagi isu CPF tidak diseratakan sama sebagai pakej penyelesaian isu-isu tertunggak yang lain.

Namun, dalam pemerintahan PM Najib, isu KTMB mudah selesai dengan tawaran kita mendapat sedikit kelebihan 60 peratus dalam MS Pte Ltd, tetapi isu CPF pekerja dari Semenanjung tidak selesai dan menghantui jutaan bekas pekerja kita di negara jiran itu untuk menagih wang mereka. Mereka masih menunggu dan menunggu jalan penyelesian terbaik dari pemimpin kerajaan kita dengan harapan wang simpanan berkerja yang tersimpan di negara jiran itu sejak sekian lama dapat dikeluarkan dan digunakan untuk tujuan kebaikan sebelum mereka menutup mata.

Sepatutnya PM Najib memberi perhatian serius isu itu dan mendesak PM Lee menyegerakan pemulangan wang CPF itu demi kebajikan nasib masadepan pekerja kita dan simpanan hari tua mereka yang tidak diketahui apakah kesudahan nasib mereka. Setengah pihak mendakwa ada pekerja yang sudah meninggal dunia sementara menunggu wang mereka boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun. Keluarga mereka pula tidak tahu bagaimana menuntut kembali wang itu kerana peraturan dan undang-undang keras, sukar dan menyeksakan di negara kiasu itu yang dikenakan kepada pekerja dan orang-orang dari semenanjung.

Tiada ulasan: