HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Mei 2010

Dilema Judi Sukan : Umno Sokong, Gerakan Tolak

TV SELANGOR

Tindakan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan operasi judi sukan yang diluluskan Kerajaan 1Malaysia baru-baru ini mencetuskan perbalahan antara komponen Barisan Nasional.

Portal Malaysiakini melaporkan Adun Seberang Jaya Arif Shah Omar Shah menyokong usaha Perdana Menteri Najib Abdul Razak memperkenalkan judi sukan dalam budaya negara ini.

Arif Shah berkata, industri judi sukan haram dapat dikawal sekiranya ia dinaungi undang-undang Malaysia. Ini dapat membantu pihak berkuasa mengenalpasti dan menangkap pengusaha judi sekiranya ada kempen membasmi perjudian di masa hadapan.

Arif Shah turut menyifatkan Pakatan Rakyat bermain politik dalam isu judi sukan ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Oh Tong Keong pula membantah kelulusan lesen judi ini.

Tong Keong berkata tindakan Perdana Menteri Najib Abdul Razak ini hanya membuka strategi baru kepada ah long dan pengusaha judi untuk menyamun pendapatan orang-ramai.

Tong Keong juga melahirkan kebimbangan judi sukan ini akan menjadi batu loncatan kepada pelbagai aktiviti gelap di negara ini.

Tiada ulasan: