HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Mei 2010

380,000 nama dikeluar dari senarai keahlian Umno

Abdul Rahim Sabri



Umno telah mengeluarkan kira-kira 380,000 orang daripada senarai keahliannya kerana mereka tidak dapat dikesan atau telah meninggal dunia.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia hasil proses pemutihan ke atas senarai nama keahlian utama BN itu.

Selepas dibersihkan, senarai keahlian Umno kini disahkan berjumlah 3,159,484 orang.

"Ini kerana senarai keahlian tidak boleh dipertikaikan dan melambangkan kekuatan kita yang sebenarnya," katanya.

Najib yang juga perdana menteri memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi di PWTC hari ini.

Dalam masa yang sama, Najib turut menekankan agar program Juara Rakyat dilaksanakan sepenuhnya mengikut garis panduan parti, dengan melibatkan rakyat jelata.

"Kita ulangi semula dalam mesyuarat ini. Saya minta pengerusi perhubungan Umno negeri untuk memberi tumpuan supaya jentera parti kita bukan sahaja cergas tetapi menepati kumpulan sasaran, yakni rakyat teramai," katanya.

Tiada ulasan: