Sepanjang minggu ini bermacam-macam cerita hal patah-mematah kita dengar.
Ada yang patah tangan, ada yang patah tulang rusuk, ada yang patah hati dan juga ada yang cuba me'matah'kan pengaruh serta kuasa seseorang.
1. Seorang pelacur tua patah tangan kiri akibat terjun dari tingkap di tingkat satu sebuah pusat pelacuran di Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini malam kelmarin gara-gara melarikan diri daripada dicekup pihak berkuasa.......Mana tak patahnya, umur pun dah 50an, tulang temulang dah rapuh......kesian di umur senja seperti itu masih mendamba 'sex' untuk hidup.....anak-anak ntah ke mana. Di mana dia Jabatan Kebajikan Masyarakat? Mak Cik Izat buat tak tahu ke? Mana dia yang beri fatwa menjaja badan kerana desakan hidup itu harus kerana 'darurat' konon.
2. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Sarawak, YB Roland Sagah Wee Inn, patah tiga tulang rusuk sebelah kanan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terjatuh dalam gaung di Jalan Puncak Borneo petang ini. Pandu elok-elok YB, nanti rakyat pulak patah hati kerana YB tak dapat jumpa mereka, PRU peringkat negeri dah dekat kan? Tok Uban tentu keciwa besar dan berpatah hati kalau BN terlepas di PRU negeri nanti.
3. Umno dan seluruh kerabat dalam syarikat BN masih lagi tak keruan, hari-hari memutar lagu 'Patah Hati' dendangan Kak Pah, terlepasnya Sibu masih lagi mengiang-ngiang di telinga......almaklum..... tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat mengharung banjir bila tiba musim pilihanraya. You know, I knowlah. You help me, I help you, tak salahkan, ini bukan rasuah cuma ini janji ber'isi'......auhailah sayang.....
4. Tetapi dalam hal patah mematah ni, yang paling aura sekali ialah ada seorang jejaka yang namanya mirip-mirip Ferdinand Magellan, pelayar berbangsa Portugis tersohor tahun 1500+ dahulu yang mati terbunuh di Filipina.......tetapi jejaka yang dimaksudkan ini bukan pelayar, tetapi seorang pembakar 'GAS'. Dia berhasrat me'matah' serta mem'bakar' ego, kuasa serta pengaruh seorang hero tua yang belum nyanyuk. Rakan sekutu hero tua itu, malah boss lamanya dulu masih belum nyanyuk lagi, cuma cakapnya saja banyak merapu sekarang......mampu ke jejaka itu?.....saksikan drama ini pada Ahad, 2.00 petang di Mines, Sri Kembangan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan