HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Mei 2010

Syabas: Permohonan Tukar Meter Pukal Kepada Meter Individu Masih Kurang

TV SELANGOR

Sehingga 15 Mei lalu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah menerima 1,010 permohonan migrasi akaun meter pukal kepada akaun meter individu dari pihak pengurusan perumahan kondominium dan pangsapuri yang terdapat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata jumlah itu bagaimanapun masih kurang jika dibandingkan dengan 2,351 meter pukal yang terdapat di ketiga-tiga kawasan berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata kurangnya permohonan migrasi itu adalah disebabkan masalah antara penduduk dan pihak pengurusanbangunan bertingkat itu sendiri, seperti masalah tunggakan bil air dan penyelengaraan yang tidak diselesaikan.

Beliau berkata masalah lain yang sering dihadapi ialah pengguna telah membuat modifikasi atau perubahan kepada tapak meter sedia ada.

Justeru, beliau menasihati pengguna supaya tidak melakukan sebarang modifikasi dan perubahan pada tapak meter air sedia ada bagi memudahkan kelulusan migrasi diberikan kepada perumahan tersebut.

Tiada ulasan: