HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Mei 2010

Judi Bukan Budaya Orang Tionghua


http://buletinonline.net/images/stories/berita26/IMG_5528.JPGChukai, KEMAMAN – Majoriti orang Tionghua turut membantah amalan kerajaan pusat menjadikan judi sebagai aktiviti ekonomi kerana ia akan menghancurkan kehidupan masyarakat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Tras, Raub, Pahang Encik Choong Siew Oon berkata jangan menganggap bahawa orang-orang Tionghua suka berjudi kerana judi bukanlah satu budaya bagi masyarakat Tionghua.
(Gambar - YB Choong Siew Oon, berbaju batik biru muda, bersama Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, Ng Chai Hing dan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman di Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Tionghua Chukai, malam kelmarin)

Menurutnya, aktiviti perjudian hanyalah menguntungkan pihak kerajaan dan kroninya seperti Vincent Tan yang telah diberi lesen judi bola sepak piala dunia baru-baru ini.

”Saya mengambil contoh di negeri Pahang, satu gunung Genting Highland bukan rakyat punya, satu (seorang) koperat besar saja (yang punya),

”lepas tu bawah sikit, nama dia adalah Bukit Tinggi Resort, siapa punya? Pun juga (dimiliki) taukeh judi juga, namanya Vincent Tan, yang baru-baru ini dia dapat lesen judi, (orang ramai) jangan ingat orang Tionghua suka,”terangnya.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Ngeri Pahang mendakwa, masyarakat Tionghua menolak budaya judi yang teruk itu namun ia disukai dan disokong lesen oleh orang Melayu yang bernama ‘Umno’.

Choong berkata demikian dalam satu Majlis Penerangan Isu Semasa yang di adakan di sini, semalam.

Menurutnya, orang yang berjudi tidak akan mengambil peduli kehidupan mereka menyebabkan kehidupan keluarga menjadi hancur.

Oleh itu beliau menyeru supaya kerajaan pusat membatalkan lessen judi tersebut kerana ia hanya memberikan keuntungan kepada segelintir manusia sahaja.

Beliau berkata masyarakat Tionghua menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan BN tidak lagi boleh diterima.

Katanya, orang Tionghua sudah memberi cukup peluang kepada kerajaan BN memerintah selama 50 tahun.

Justeru, beliau yakin, masyarakat Tionghua sudah membuat keputusan untuk berubah dan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum yang akan datang.

”Sudah 53 tahun beri peluang (kepada BN) untuk berubah, ‘no chance’ tidak ada peluang lagi, dan pilihanraya ke 13 mereka tetap, (dan) sudah membuat satu keputusan,

”mereka (orang Tionghua) akan memberi undi sebanyak-banyaknya (kepada Pakatan Rakyat) tidak kira Pas, PKR atau DAP, untuk satu perubahan yang totok, untuk menumbangkan BN pada pilihanraya ke 13,”jelasnya.

Tiada ulasan: