HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Mei 2010

Penyampai Berita cinta suami orang?

SABAH DAILY


Akibat menjalin cinta dengan suami orang, seorang penyampai berita sebuah stesen televisyen menerima padah apabila dia diserang isteri dan ibu mentua teman lelakinya di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Akibatnya, wanita berusia 34 tahun itu cedera di muka serta kepala dan kini terpaksa mengambil cuti berikutan tidak mahu kejadian memalukan itu dihidu rakan sekerja. Teman lelakinya turut cedera selepas diserang isterinya yang juga seorang warga Uzbekistan.

Difahamkan, serangan terbabit berlaku di hadapan dua anak lelaki penyampai berita terbabit ketika dia yang berusia 34 tahun berada di sebuah gimnasium kanak-kanak di pusat beli-belah berkenaan.

Malah, penyampai berita berkenaan turut dihamburkan pelbagai kata kesat oleh dua beranak warga asing terbabit yang tidak puas hati kerana mendakwa dia cuba merampas suami.

Menurut sumber polis, sebelum tercetusnya serangan itu, mangsa membuat laporan berhubung kejadian keretanya dicalar dan dipecahkan cermin yang dipercayai dilakukan individu sama.

“Mangsa ketika itu meletakkan kereta di parkir kondominium sewanya di Jalan Duta di sini dan terkejut apabila mendapati kenderaannya calar dan cerminnya pecah.

“Kejadian itu dipercayai turut dilakukan dan didalangi dua beranak terbabit yang tidak puas hati dengan penyampai berita berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan berhubung kejadian keretanya dirosakkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields sebelum kes berkenaan dipindahkan ke IPD Sentul.

Sumber itu berkata, belum selesai kes keretanya dirosakkan disiasat, keesokannya kira-kira jam 5 petang mangsa yang ketika itu bersama pembantu rumah menghantar dua anaknya ke sebuah gimnasium kanak-kanak ‘diserang’.

“Mangsa yang juga seorang ibu tunggal didatangi dua wanita warga asing terbabit yang menyerbu sebelum menghamburkan pelbagai kata kesat.

“Malu dengan kejadian tidak disangka itu, mangsa cuba menjauhkan diri daripada mereka, namun dia dikejar dua beranak terbabit sebelum mereka membelasahnya,” katanya

Tiada ulasan: