HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Mei 2010

RM 500,000 BIAYA PROGRAM JUARA RAKYAT PENSIANGAN?

Oleh : TEAM TERJAH SABAHKINI


MEMBAZIR wang kerajaan. Program Juara Rakyat yang akan diadakan 29 Mei ini di Kg.Salarom Taka, Sepulut, satu program membazir wang rakyat oleh UMNO dan Ketua Menteri Sabah.

Untuk kos makan dan minum sahaja, pihak penganjur mengeluarkan peruntukan sebanyak RM300 ribu, tidak termasuk satu kepada VIP sebanyak RM120 untuk makanan tengah hari.

Hasil siasatan Sabahkini.net mendapati sumber kewangan untuk membiaya Projek Juara Rakyat yang merupakan anjuran UMNO ini adalah dari Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Kebetulan Ketua Bahagian UMNO P.182 Pensiangan, Datuk Ghani Yassin adalah merupakan Timbalan Pengerusi syarikat milik kerajaan itu.

Seorang kontraktor yang merupakan ahli UMNO berkata, mereka menaja kos makan minum untuk orang ramai sebanyak RM200 ribu. Ini mungkin disebabkan UMNO mahu berselindung dari mana mereka mendapat sumber kewangan tersebut.

Jika kita renungkan dengan lebih mendalam, adalah lebih baik wang itu digunakan untuk menggantikan kerosakan serta kemusnahan yang berlaku di pedalaman Pensiangan akibat banjir yang baru sahaja berlaku. Ini barulah dinamakan Juara Rakyat. Setengah juta itu bukanlah satu angka yang kecil.

Peruntukan ini mampu membina lebih daripada 120 buah Program Bantuan Rumah, boleh memulihkan jambatan , jeti atau bekalan paip gravity yang musnah.

Namun Barisan Nasional (BN) menggunakan wang ini untuk satu program yang kononnya boleh menterjemahkan rakyat pedalaman menyokong penuh BN, khususnya UMNO. Menurut risikan, UMNO Pensiangan mahu kehadiran orang ramai sehingga lima ribu orang dan ianya adalah sebagai isyarat bahawa UMNO kuat di kawasan tersebut.

Program Juara Rakyat itu juga adalah untuk merasmikan Perkampungan Rumah Panjang Anak Negeri Kg.Salarom Taka. Kos peruntukan pembinaan bangunan rumah panjang itu juga hampir mencecah RM1 juta, di mana kontraktor yang melaksana projek itu adalah salah seorang orang penting UMNO Pensiangan. Kos tambahan terpaksa diminta semula memandangkan kos peruntukan sebelum ini dikatakan tidak mencukupi.

Namun, yang menjadi tanda-tanya ialah penduduk kampung dari Mukim Pensiangan yang melakukan penghijrahan beramai-ramai dari kampung asal mereka Kg.Salarom itu terpaksa mengambil kayu sendiri untuk membina dapur yang tidak termasuk dalam spek kerja sebelum ini.

Jika kita melihat dari depan, memang Rumah Panjang itu kelihatannya sangat cantik, hakikatnya di balik tabir, penduduk terpaksa menyambung sendiri untuk membina dapur dan tempat kediaman kerana ukuran rumah itu kecil. Mereka tidak ada pilihan lain lagi kerana untuk patah balik ke kampong asal itu adalah tidak mungkin. Dan mereka menggunakan kudrat yang mereka ada untuk membina sendiri dapur itu.

12 ulasan:

jack berkata...

sebelum ini, dalam satu majlis kaamtan di Beluran dikatakan 'songsang' oleh krew sabahkini.net kerana tiada peruntukan makn dan minum dari pihak penganjur..kini terdapat peruntukan untuk makan dan minum pada majlis di Pensiangan dikatakan membazir duit..ternyata sabahkini.net saja menjadikan isu peruntukan untuk sesuatu majlis yang dianjurkan oleh kerajaan untuk mengelirukan dan memanipulasikan pemikiran rakyat dan tujuan baik majlis tersebut...hasil siasatan? sabahkini.net patut jelaskan hasil siasatan tersebut...ternyata mereka (sabahkini.net) membuat andaian KOSONG semata-mata untuk merosakkan imej kerajaan di mata rakyat...

tombolo berkata...

jika benar RM 500 ribu diperuntukkan untuk membiayai program juara rakyat, ia memang adalah satu pembaziran. namun bagi saya tidak masuk akal jika program itu boleh mencecah kepada jumlah sedemikian, adakah dakwaan itu benar atau hanya dibuat2?

POP berkata...

Negara mana yang tidak guna duit rakyat? Semua bah...tapi memang tidak logik untuk satu masjlis saja kena buang begitu banyak duit. Kesian rakyat, kesian saya...

Tanpa Nama berkata...

ya bah.. banyak bah RM 500 ribu tu.. takkan program mcm tu ja guna wang sampai macam tu.. tp ada bukti kah ni..? sabahkini harus bagi bukti yang konkrit bagi dakwaan dorang ni.

Unknown berkata...

It's hard to believe a program like this expenses until rm500,000..Totally not that logic at all. But i don't trust SabahKini until now.

Boten_Trish berkata...

Hard to believe..I'm feeling 50/50 for this story..

somboi berkata...

tak logik lah program macam tu guna wang sampai gitu banyak. tp berita dari sabahkini bukan boleh dipercayai sangat pun. bukti pun tiada.

jack berkata...

sabahkini.net tidak buli percaya...terlalu bias ni semua yang dipublishkan..sumber yang tidak dinyatakan bagi saya hanya lah andaian yang tidak bersas seperti tin kosong yang diketuk2 dengan kuat...

2718 berkata...

hard to believe.. tapi saya setuju dengan jack.. pandai2 lah pembaca membezakan maklumat yang jujur tanpa dipengaruhi mana2 pihak atau berat sebelah.

Paquin berkata...

RM500 ribu.. aduuiii kalau dibagi sama aku boleh sudah aku sambung belajar sampai master oo.. hehheee

Paquin berkata...

Tapi betul juga lah kan jack...
Takda peruntukan utk makan minum, bising - ada peruntukan pun bising..
hhhmmm hairan..

Aku ada baca juga artikel pasal di Beluran tu.. kepada sesiapa yg belum terbaca na saya copy paste ja utk tatapan kamurang. hehhehe

SAMBUTAN KAAMATAN SONGSANG DI BELURAN?
Written by Admin
Sunday, 16 May 2010 08:04
Oleh: TULUN TINARU

PERAYAAN Pesta Menuai peringkat daerah Beluran yang diadakan di daerah kecil Paitan dalam Dewan Undangan Negeri Sugut dan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Ewon Ebin, meninggalkan kesan yang negatif; bukan sahaja terhadap penduduk setempat, tetapi juga terhadap seluruh masyarakat yang datang dari segenap pelusuk daerah Beluran.

Perayaan Pesta Menuai atau Pesta Kaamatan merupakan satu tradisi budaya yang melambangkan adat masyarakat orang asal Sabah yang perlu dipelihara berterusan agar identiti sesuatu bangsa tidak lesap ditelan zaman.

Berdasarkan tema Kaamatan, 'Kepelbagaian Kebudayaan Teras Keharmonian'; namun budaya 'memberi dan menerima' tidak lagi wujud di majlis perayaan ini kerana ramai rakyat yang kelaparan disebabkan kerajaan gagal menyediakan juadah atau makanan; pertama kali dalam sejarah Kaamatan Sabah sehingga Krew Sabahkini.net mengalami renjatan budaya Kaamatan anjuran kerajaan yang membiarkan rakyat kelaparan sementara menunggu kemuncak aturcara.

Paling mengejutkan, Datuk Dr. Ewon Ebin telah meningalkan majlis sebelum kemuncaknya kerana mungkin terasa lapar? Ataupun adakah YB sahaja yang mendapat makan ketika itu?

Krew Sabahkini.net telah menemuramah banyak individu yang telah meluahkan kekecewaan terhadap Anjuran Pesta Kaamatan yang dikawal selia Datuk Ewon Ebin, Datuk Ronald Kiandee, Tan Sri Michael Asang, Datuk Suradi Kayung, Rajibi Hj. Aman (Pegawai Daerah), Medin Masando (Penolong Pegawai Daerah) dan AJKnya, kerana gagal mempertahankan satu-satu adat am masyarakat orang asal Sabah iaitu yang paling penting dalam kehidupan adat, 'jangan biarkan tetamu kelaparan'.

Paquin berkata...

Apapun, saya harap kita jangan terpedaya dulu lah dengan hal ni...
Kita patut dengar cerita dari dua pihak dulu, barulah adil.