HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Mei 2010

Kempen Satu Kad Satu Pelajar Untuk Kukuh Perpaduan Kaum : Murugiah

BERNAMA

KOTA BAHARU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah bercadang untuk mewujudkan kempen 'Satu Kad Satu Pelajar' sebagai usaha mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Melalui kempen itu, katanya pelajar sekolah rendah dan menengah dikehendaki menulis dan bertukar-tukar sekeping kad dengan pelajar dari sekolah lain.

Beliau berkata, usaha itu yang akan dilaksanakan melalui Kelab Rukun Tetangga di setiap sekolah itu turut memberi peluang kepada pelajar menjalin hubungan persahabatan dengan rakan dari negeri lain.

Cadangan itu turut memberi kefahaman kepada setiap pelajar memahami budaya, agama dan bangsa kaum lain di negara ini, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan 2010 di sini hari ini.

Mengenai Skim Rondaan Sukarela (SRS), Murugiah berkata Kelantan merupakan negeri yang memiliki jumlah keahlian paling tinggi di negara ini iaitu seramai 22,000 orang.

Tiada ulasan: