HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Mei 2010

Sekretariat Pakatan Rakyat, kunci ke Putrajaya

Salhan K Ahmad



Sayap pemuda PKR digesa supaya segera menubuhkan sekretariat Pakatan Rakyat di setiap peringkat cabang dan ranting bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Wakil Petra Jaya, Nazib Johari berkata, arahan telah dikeluarkan oleh PKR pusat supaya penubuhan itu disegerakan.

"Tapi hingga hari ini belum lagi ditubuh secara rasmi dan praktikal di peringkat cabang dan ranting.

"Kalau kita tidak gerakkan hari ini, kita akan kurang kekuatan untuk menerajui Putrajaya," katanya ketika membahaskan usul Pakatan Rakyat dalam kongres AMK di Kota Bharu hari ini.

Jelasnya, penubuhan segera sekretariat itu akan memudahkan urusan penyeliaan program, termasuk dalam koordinasi jentera pilihan raya.

"Semasa pilihan raya, kalau kawasan itu DAP, (ada yang beranggapan) kita tidak perlu kerja keras, perkara itu kita kena ubah untuk memenangkan semua kerusi kita daripada Pakatan Rakyat.

Wakil Bayan Baru, Sim Tze Sim berkata persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat kini menunjukkan gabungan itu masih dilihat sebagai loose coalition.

"Maknanya (pakatan) baru dan tak ada haluan kukuh, masih tidak ada mekanisme.

"Jadi, satu cara adalah menyatupadukan pakatan ini supaya nampak lebih kukuh melalui penubuhan sekretariat.

"Kita tidak mahu dengar lagi Kelantan atau Kota Bharu dikatakan diperintah oleh PAS, atau Pulau Pinang diperintah oleh DAP.

"Kita mahu (dengar), semua negeri ini dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga ADUN Pulau Jerejak juga mengingatkan para menteri besar dan ketua menteri di negeri dikuasai Pakatan supaya semua dasar yang digubal juga mewakili gabungan itu.

"Kita minta mereka membuat polisi bersasarkan polisi bersama Pakatan supaya cerminkan haluan lebih kukuh.

Selain itu, kongres hari ini juga membahaskan usul politik, pilihan raya dan juga usul ekonomi.

Tiada ulasan: