HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Mei 2010

Pulau Pinang tolak permohonan lesen judi Ascot Sport

BERNAMA

PULAU PINANG — Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sport Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat dengan semua Exco kerajaan negeri dan mengikut Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

“Sudah cukup premis perjudian yang ada (di negeri ini), mereka mahu mengadakan hampir 12 kali cabutan dalam seminggu, ini akan akibatkan kemusnahan kekeluargaan dan memberi impak negatif kepada golongan remaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lim berkata Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) telah diarah membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

“Keputusan ini juga untuk mempromosikan kehidupan masyarakat yang lebih sihat,” katanya.

Tiada ulasan: