HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Mei 2010

K'jaan Pakatan S'gor jadi tumpuan perbahasan

MALAYSIA KINI



Pentadbiran kerajaan Selangor menjadi fokus perbahasan para perwakilan di kongres PKR hari ini.

Antara gesaan utama yang ditimbulkan ialah usaha 'memutihkan' jentera kerajaan negeri itu daripada pengaruh pemimpin BN dan juga kegiatan rasuah.

Ini disuarakan wakil Kedah Dr Krisna Moorthy yang menggesa kerajaan negeri itu supaya segera menukar pemimpin BN yang masih wujud dalam jentera negeri itu.

Tambahnya, syarikat yang dimiliki kerajaan termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor mesti diubah kepimpinan dan pengurusannya bagi meningkatkan prestasi mereka.

"Tukar mana yang perlu ditukar. Masa untuk berbaik-baik sudah tamat," katanya ketika mencadangkan usul Pakatan Rakyat dalam kongres parti itu hari ini.

Dalam ucapanya, beliau turut mencadangkan supaya PKR Selangor mengadakan satu forum khas bagi menilai prestasi kerajaan negeri itu.

Forum tersebut dicadang supaya diadakan setiap suku tahun, bertujuan supaya kalangan anggota dapat membuat dialog terbuka dengan anggota majlis kerajaan.

Beliau turut memberi amaran bahawa kekalahan PKR di Hulu Selangor menunjukkan pencapaian Pakatan di negeri itu belum cukup meyakinkan atau dirasai pengundi.

"Jadi kita mesti lipatgandakan usaha dan lebih bertanggungjawab," katanya lagi.

Wakil Terreganu, Rafizi Ramli pula dalam ucapannya berkata Pakatan perlu berhati-hati kerana BN sedang giat berusaha untuk merampas kembali Selangor.

Katanya lagi, setiap tindakan kerajaan Pakatan di Selangor akan mencerminkan bagaimana mereka akan menguruskan negara, sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya.

Wakil Kelantan Amran Ghani pula berkata parti itu wajib menggunakan negeri yang diperintah bagi memartabatkan parti.

Bagi mencapai usaha itu, majlis pakatan rakyat harus ditubuhkan di negeri-negeri tersebut, kata ahli parlimen Tanah Merah itu lagi.Sementara itu Bernama melaporkan, isu kekalahan PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu menarik perhatian pembahas pada Kongres Nasional Tahunan Ke-6 parti itu yang membuktikan parti itu masih gagal menarik sokongan rakyat terutama bangsa Melayu.

Wakil Kedah, Dr M. Krishna berkata sesuatu perlu dilakukan parti itu bagi mendapatkan semula kepercayaan yang diperoleh pada pilihan raya umum lalu yang jika tidak, ia memberikan ruang yang lebih baik buat BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Keadaan ini perlu diatasi segera. Berikanlah khidmat yang terbaik kepada rakyat yang kini melihat apa yang sedang dilakukan PKR terutama di Selangor," katanya.

Beliau juga meminta pucuk pimpinan membuat tapisan yang cukup ketat kepada bakal-bakal calon pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelak berlakunya lagi isu keluar parti di kalangan wakil rakyat.

Wakil Negeri Sembilan, Aminuddin Harun pula meminta pucuk pimpinan melakukan sesuatu untuk menarik sokongan peneroka Felda kerana sokongan golongan itu penting seperti di Hulu Selangor.

"Kerajaan negeri Selangor perlu kaedah untuk mendekati warga Felda dan jika di Selangor kita gagal berbuat demikian apatah lagi untuk mendapat sokongan yang lebih baik di seluruh negara," katanya.

Wakil Pahang, Ramli Logan yang juga Orang Asli menarik perhatian perwakilan dan pemerhati dengan isu-isu membabitkan golongan itu.

"Kami mahu isu tanah adat diatasi segera dan juga apa sebenarnya status kami. Kami dikelaskan bukan dalam golongan Bumiputera tetapi dimasukkan dalam kaum-kaum lain.

Tiada ulasan: