HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Mei 2010

Perhimpunan GAS Disabotaj, Namun Berjaya - Mugilan

SERI KEMBANGAN: Bekas Naib Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan mendakwa Perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) telah disabotaj tetapi masih berjaya diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa (MIECC) di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat pihak tertentu menghalang bas-bas yang membawa para penyokong dari Pahang, Johor dan Pulau Pinang untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Malah dakwanya, salah seorang pemimpin telah "menghilangkan diri" atau dipergunakan untuk menghalang perhimpunan itu.

"Walaupun disabotaj dan lokasi ditukar, saya tetap gembira kerana perhimpunan ini tetap menyaksikan kehadiran ramai penyokong serta mendapat liputan media meluas," katanya kepada pemberita.

Beliau mendakwa, pihak terbabit membayar RM5,000 untuk menahan setiap bas ke perhimpunan GAS.

Selain itu, Mugilan mendakwa, sesetengah penyokong turut diugut oleh pihak tertentu supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Mereka dimaklumkan bahawa di sini tiada pengawasan polis. Bagaimanapun, perhimpunan GAS hari ini adalah aman dan berjalan lancar," katanya.

Tiada ulasan: