| KUALA LUMPUR: Felda hanya memperolehi penghakiman ingkar dari penerbit dan pencetak Suara Keadilan sahaja iaitu Pelita Koridor Sdn Bhd dan Percetakan NPK Sdn Bhd.
Kedua-dua defendan dalam proses memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu, kata Ketua Penerangan PKR yang juga peguam, Latheefa Koya.
"Tidak ada penghakiman engkar ke atas empat pihak yang mewakilan Keadilan iaitu Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Ketua Pengarang Dzulkarnain Taib dan wartawan Rusnizam Mahat.
"Kesemua mereka telah memfailkan penyataan pembelaan diri melalui peguam Edwin Lim, Suren and Soh," kata Latheefa dalam satu satu kenyataannya hari ini.
Kenyataan ini dibuat ekoran laporan media Felda mendapat penghakiman ingkar terhadap Suara Keadilan.
Media hari ini melaporkan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memperoleh penghakiman ingkar berikutan kegagalan penerbit dan pencetak akhbar Suara Keadilan - Pelita Koridor Sdn Bhd serta pencetakan NPK Sdn Bhd memasukkan kehadiran mereka dalam saman fitnah RM200 juta.
Saman itu adalah kerana penyiaran artikel fitnah bertajuk Felda bankrap.
Hakim Mahkamah Tinggì Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya.
Ketika membenarkan permohonan Felda itu yang diwakili peguam Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin untuk mendapatkan penghakiman ingkar berkenaan, hakim Sabariah berkata kos perbicaraan akan ditaksirkan kemudian.
|
2 ulasan:
Biasalah tu, bg penghakiman ingkar dulu..lepas ni hangpa tau la nak jawab mcm mane dgn fitnah yg hangpa buat tu.
Jgn ingat hangpa blh lepas dgn fitnah tu.
Nanti bila kalah, hangpa akan kata mahkamah tidak telus, hakim hilang kredibiliti and bla, bla, bla..Bila hangpa menang kes, sikit pun tak ckp apa psl institusi kehakiman.
Itulah politik sumbang hangpa. La ni, dlm Pemilihan PKR 2010, jelas dan nampak yg busuk2 dlm PKR.
Kes yg hangpa fitnah Zambry kata dia ditahan di airport US pun tak setel lagi..Banyak lagi hangpa nak kena saman wei..
Ha..ha..ha..Kecut perut semua pimpinan PKR. Fitnah terhadap FELDA isu yang sangat besar. Ia akan menimbulkan krisis kepercayaan kepada PR khususnya PKR itu sendiri.
Aku nak minta Ustaz Badrul Amin dan Mustafa Kamil bagi tazkirah berkenaan dengan bahana fitnah kat pimpinan PKR. Tirulah mcm dua tokoh PKR ni, mereka bersih dan dilihat bersih. Walaupun mrk tdk mendapat sokongan kuat akar umbi, tapi mrk play the white politics.
Jgn ingat apa yg Anwar kata tu benar belaka. Ingat, mana perginya teman2 ABIM lama yg pernah bersama2dgn Anwar? Hari ini mrk tinggalkan Anwar dgn labu2nya krn sudah jelas agenda perjuangan Anwar hanya utk diri dan bukan utk agama, negara dan rakyat!
Catat Ulasan