HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Oktober 2010

MUNGKINKAH BATU SAPI BATU NISAN DAP?


Oleh: CHEONG WAI LIN (Penganalisa Politik Sabah)

MUNGKINKAH Batu Sapi yang menjadi mercutanda Parlimen Batu Sapi akan menjadi ‘Batu Nisan’ DAP dalam persada politik Sabah setelah mereka berjuang selama lebih tiga dekad di Sabah dan hanya berjaya memperoleh dua kerusi (DUN Sri Tanjung dan Parlimen Kota Kinabalu) pada pilihanraya umum lalu.

Jika tidak kenapa DAP menjadikan SAPP sebagai ‘sasaran peluru’ kempen sebelum penamaan calon yang dilakukan pada hari ini, sesuatu yang luar biasa kerana baru pertama kali DAP berkampung di Batu Sapi dan menubuhkan bilik operasi mereka sendiri?

Jelaslah bahawa DAP beriya-iya benar mahu memastikan Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee kalah bagi memberikan mereka peluang untuk terus bertapak di Sabah dan menawan beberapa bandar pada pilihanraya umum akan datang.

Setelah memenangi kerusi parlimen pertama, Sandakan di Sabah pada 1978 melalui Fung Ket Wing yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut selama tiga penggal dan melebarkan kejayaan pada pilihanraya umum 1986 dengan tiga kerusi ADUN iaitu Gaya, Tanjung Aru dan Tawau; DAP terus terkubur pada pilihanraya umum selanjutnya sehinggalah kembali dengan memenangi kerusi Sri Tanjung dan Kota Kinabalu.

DAP terpaksa ‘berkerat rotan, berpatah arang’ dengan SAPP yang belum menyatakan pendirian mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat setelah keluar daripada Gagasan Barisan Nasional pada 17 September 2008, kini menunjukkan sikap ‘keras kepala’ dengan menentang calon Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi; setelah rundingan antara PKR dengan SAPP menemui jalan buntu.

Bagi Dr Hiew King Cheu, jika SAPP menang pada pilihanraya kecil ini, maka memang tepatlah Batu Sapi akan menjadi batu nisan partinya pada pilihanraya umum akan datang kerana sudah pastinya rakyat akan menolak DAP kerana telah mempunyai SAPP yang benar-benar memperjuangkan hak rakyat Sabah.

Pilihanraya kecil Batu Sapi sebenarnya adalah pertarungan di antara SAPP dan DAP kerana Pakatan Rakyat yang mempersetujui calon mereka daripada PKR hanya perlu ‘mencelah’ dan menangguk di air keruh untuk memenangi pilihanraya kecil tersebut dengan penuh bergaya jika undi Melayu dan Cina dapat dipecahkan oleh SAPP.

Sehubungan itu, DAP telah mengerahkan jenteranya ke Batu Sapi dengan bantuan Pakatan Rakyat untuk menggempur calon SAPP yang bakal menentukan nasib dan masa hadapan DAP di Sabah kerana selama ini hanya SAPP yang sering menjadi ‘batu penghalang’ DAP melakukan penetrasi terhadap masyarakat Cina.

Cabaran getir ini menyebabkan DAP terpaksa memastikan calon SAPP dan BN tumbang bagi membolehkan calon Pakatan Rakyat, Haji Ansari Abdullah menambah satu lagi kerusi di parlimen untuk menggamatkan Dewan Rakyat dengan pelbagai hujah yang mampu menenggelamkan keangkuhan Ahli Parlimen BN.

Lebih penting, misi tersirat DAP ialah Yong kecundang dalam politik ‘Kucing Buta’ yang gagal menangkap ‘Tikus Mati’ disebabkan kedegilannya memberikan laluan kepada Pakatan Rakyat untuk satu lawan satu dengan BN.

27 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Apa-apa pun, dalam dunia politik, siapa yang kuat, dialah yang menang. Jika mahu meningkatkan peluang parti masing-masing, berusahalah.

Anak Sabah berkata...

Mungkin DAP memang ada alasan sendiri menubuhkan ofis di Batu Sapi bila dah hampir PRK.

samm berkata...

DAP memang kurang popular di Sabah. untuk PRK kali ini pula, persaingan sengit pasti berlaku. siapa yang berjaya mendapat lebih banyak sokongan maka dialah yang akan menang..

Hosie Masie berkata...

DAP tidak dapat membuat apa-apa di Batu sapi kerana rakyat tidak begitu minat dengan DAP. Itu sebab kenapa PR menurunkan PKR di Batu Sapi kerana DAP tidak layak bertandign ditempat tersebut.

Sanih Alias berkata...

Mungkin pengaruh DAP di Sabah tidak sekuat parti lain. inilah sebab DAP tidak dapat menang di Batu Sapi. DAP memang tidak layak untuk di Sabah.

Bujang Senang berkata...

DAP tidak kuat di Sabah dan tidak layak untuk bertanding. Rakyat Sabah lebih minat dengan parti Sabah sendiri seperti PBS, SAPP..

evan medhousky berkata...

walau apapun tanggapan, yang pasti jika SAPP menang di batu Sapi, populariti PR sebagai parti pembangkang akan beralih kepada SAPP. rakyat lebih berminat dengan parti tempatan berbanding dengan parti luar(semenanjung)

evan medhousky berkata...

jika parti pembangkang dapat berkerjasama, peluang untuk menang mungkin ada. tapi apa yang kita lihat sekarang masing2 menyerang antara satu sama lain, situasi ini akan memberi ruang kepada BN untuk terus mengekalkan kerusi Batu Sapi.

tombolo berkata...

pengaruh DAP di Sabah sememangnya tak kuat, sebab itulah DAP menubuhkan pejabat di BAtu Sapi untuk menarik sokongan, namun, dilihat DAP blum dpt menarik penduduk Sabah.

Tanpa Nama berkata...

rkyat Sabah belum yakin lagi dgn DAP. DAP kena kerja keras.

onong berkata...

DAP langsung tidak diberi peluang untuk bertanding.Memang tidak dinafikan bahawa PR telah memilih PKR namun hakikatnya, ramai yg tertanya2 mengapa DAP hilang begitu saja.

Ezef berkata...

I'm not sure about that but obviously DAP has been ' sidelined '.

Velove berkata...

YTL tidak berpuas hati dengan Dr Hiew kerana desas desus yang mengatakan bahawa SAPP ingin mausk semula BN.

Tanpa Nama berkata...

Tujuan SAPP amat nyata. SAPP mengharapkan tiada kemenangan besar tidak kira oleh BN atau PR pada pilihanraya akan datang.
Kemenangan BN mahupun PR dengan majoriti tipis bakal memberi peluang kepada SAPP sebagai 'King Maker'.
Cukup bagi SAPP hanya menang sekadar lima atau lebih kerusi DUN Sabah.

Tanpa Nama berkata...

DAP sudah wujud lebih kurang setengah abad, dan tetap wujud pada masa akan datang.
MUngkin lebih maju, mungkin sebaliknya.

Nemia berkata...

I must agree that DAP has been sinking from now and then.

Velove berkata...

Kini SAPP pula yang berang dengan DAP ekoran desas desus yang mengatakan bahawa SAPP berniat untuk kembali ke BN.

Unknown berkata...

Walaupun DAP tidak begitu kuat di Sabah tapi semangat perjuangan DAP patut dipuji.

Tanpa Nama berkata...

Dari sejarah perjuangan DAP, parti ini tidak mudah lenyap seperti parti-parti tempatan yang suatu ketika dula cemerlang.

Tanpa Nama berkata...

Dunia politik, macam2 boleh berlaku.. Soal batu nisan ka tak, tunggu & lihat sajalah.. huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Saya cuma harap agar PRK BS berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan...

Tanpa Nama berkata...

Apapun, jom layan... hehehe

Tanpa Nama berkata...

"MUNGKINKAH BATU SAPI BATU NISAN DAP?"

Mungkin ya, mungkin tidak. Walaupun sudah lama bertapak di Sabah, DAP masih asing di hati orang Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Tidak sabar nak lihat keputusan 4 Nov ni nanti.

Unknown berkata...

Parti tempatan vs parti luar; sudah tentu parti tempatan menang.

Tanpa Nama berkata...

DAP tidak bertanding di Batu Sapi. Ruang untuk DAP hidup masih ada.

Unknown berkata...

Batu Sapi lebih baik dijadikan tapak kunjungan pelancong dari jadi batu nisan parti politik.