HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 Oktober 2010

Perkauman: Orang kaya Umno peralat rakyat miskin

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR: Orang-orang kaya Umno yang mengapi-apikan perkauman dengan memperalatkan rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan meningkatkan pertumbuhan dan kekayaan negara untuk mengurangkan perkauman, beliau menyifatkan pandangan tersebut sebagai pandangan yang dangkal.

"Barangkali kerana pandangan sedemikianlah Umno, Utusan Malaysia, Perkasa malah Dr Mahathir sendiri memperalatkan cakap-cakap bahawa ekonomi orang-orang Melayu masih ketinggalan untuk mengapi-apikan perkauman.

"Mereka menghalalkan pemikiran dan tindakan mengapi-apikan perkauman dengan alasan orang-orang Melayu ketinggalan dari segi ekonomi tetapi pada masa yang sama mereka mahu memaksa rakyat mengekalkan kuasa Umno yang terbukti tidak berminat membantu orang-orang Melayu," kata Mahfuz.

Sebelum ini, beliau menyifatkan Umno terbukti tidak berminat membantu orang-orang Melayu apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyatakan bahawa data dan statistik terkini membuktikan bahawa kedudukan orang Melayu di dalam ekonomi dan pelbagai sektor masih ketinggalan.

Mahfuz juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu tidak ubah seperti desakan supaya gaji polis dinaikkan untuk membasmi rasuah di kalangan mereka.

"Saya sokong kenaikan gaji polis. Tetapi menaikkan gaji polis bukanlah cara untuk membasmi rasuah di kalangan mereka.

"Malah, yang didedahkan paling rakus dengan rasuah ialah pegawai-pegawai tinggi yang lebih besar pendapatannya, bukan anggota bawahan," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu bagaimanapun berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana secara tidak langsung mengakui bahawa ekonomi negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan yang sangat lemah.

"Sebab itulah perkauman menjadi-jadi di zaman Najib terutama yang dicetuskan oleh Umno sendiri," katanya.

Tetapi, katanya, itu tidak bermakna beliau mahu negara ini kembali kepada ekonomi cara Dr Mahathir.

"Ekonomi cara Dr Mahathir yang tidak pro-rakyat mengakibatkan negara rugi sehingga sebesar RM100 bilion seperti yang didedahkan dalam buku 'Malaysian Maverick' oleh Barry Wain," kata Mahfuz.

17 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Bila ada pihak yang mahu membantuk memperbaikikan keadaan, ada sesetengah pihak seperti Perkasa yang akan keluar membuat bising kononnya hak Melayu dicabar dan lain-lain. Jika Perkasa betul-betul mahukan terbaik untuk orang Melayu, membuat bising tanpa menggunakan otak bukan caranya.

Anak Sabah berkata...

Bila ada pihak yang mahu membubarkan diskaun bagi bumiputra semasa membeli rumah Mewah, ada pihak yang melaungkan hak-hak orang Melayu. Bagaimana mahu membantu orang miskin kalau asyik macam ini?

Anak Sabah berkata...

Amat susah nak mencapai apa-apa jika semua pihak enggan menerima idea baru ataupun hanya beria-ria mahu mempertahankan hak sahaja tanpa menghiraukan adakah ada cara yang lebih baik untuk membantu rakyat.

Tanpa Nama berkata...

hal2 yang berkaitan perkauman tak perlulah nak ditimbul dan diperbesarkan, masing2 ada hak sendiri.

zam berkata...

PAS asyik mengkritik tapi apa pula sumbangan PAS dalam memajukan ekonomi? memang mudah untuk mengkritik tapi untuk menjayakan sesuatu memang sukar.

Unknown berkata...

PAS ini yang suka membatu apikan melayu sebenarnya. Bukan UMNO. kita boleh nampak sendiri, PAS asyik memberikan kritikkan dan bantanhan saja. tapi kita tengok apa jasa PAS dengan negara. Apa?jasa PAS hanya mengkritik yang mereka tahu. Pembangunan ekonomi mana? Pas tidak perlulah membuat baik depan mata rakyat. Depan mata rakyat PAS segalanya, tapi sebaliknya....

Hamdan Hadillah berkata...

Ini cuma cubaan PAS menarik perhatian rakyat terutama sekali Melayu, dengan memberikan isu perkauman. PAS tidak perlu cakap hal perkauman, Rakyat dan orang MELAYU sendiri lebih pandai berfikir positif dari PAS.

Tanpa Nama berkata...

Pas menyorok diri apabila orang melayu di tindas di pulau pinang. Kes orang melayu tidak dibenarkan berniaga di bazar ramadan komtar Pulau Pinang pas yang mempunyai wakil dalam kerajaan negeri Pulau Pinang hanya mengambil jalan berdiam diri. Kes premis peniagaan orang melayu di Pulau Pinang yang dirobohkan secara diktator oleh kepimpinan pakatan rakyat juga tidak mampu dibantu oleh Adun PAS pulau pinang sedangkan mereka adalah sebahagian dari kumpulan penyokong parti pemerintah pulau pinang. berdasarkan maklumat dari beberapa blogger, terdapat bukti yang menunjukkan ramai pemimpin Pas yang telah bergelar jutawan dalam masa yang singkat. Akhir2 ini kita juga mendengar seorang bekas isteri adun Pas melor memohon tuntutan nafkah RM3 juta. pasti dia amat arif tentang kekayaan bekas suaminya yang dianggarkan mempunyai harta yang lebih dari nilai tersebut sehingga munkin mencecah berbillion ringgit. Semua ini tidak mustahil dalam kepimpinan Pas kerana mereka semuanya hanya pandai menyalahkan orang lain sahaja sedangkan perlakuan mereka lebih dasyat.

Tanpa Nama berkata...

PAS benar2 sebuah parti yang suka mengelirukan rakyat, logik kah seruan Tun Mahathir supaya kerajaan meningkatkan pertumbuhan dan kekayaan negera untuk mengurangkan perbezaan jurang ekonomi antara bumiputra dan bukan bumiputra dituduh Mahfuz sebagai perkauman??? sebenarnya isu tekanan penguasaan ekonomi terhadap orang melayu dihadapi oleh semua orang, saranan Tun memang bertepatan apabila sehingga sekarang bumiputra masih tidak berjaya mencapai 30% sasaran penguasaan ekonomi dinegara ini.

Leo berkata...

Perkauman adalah satu isu yang sangat sensitif. Lebih baik jangan kita menimbulkan perkara2x yang berkaitan dengan perkauman untuk mengelakkan kekecohan berlaku.

Unknown berkata...

Orang-orang kaya Umno yang mengapi-apikan perkauman dengan memperalatkan rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Looks like PAS is making the situation much worser as it is now. Its obvious PAS purposely "menambah garam pada luka" so the rakyat will go against UMNO.

Unknown berkata...

PAS should stay out of UMNO's business and focus more on helping the rakyat. Afterall, the rakyat has the power to vote.

joey berkata...

inilah PAS yang hanya suka mengkritik UMNO. sepatutnya PAS lebih mengambil berat terhadap rakyat di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS.

maya berkata...

Isu perkauman ini agak sensetif dan tidak perlulah diperbesar-besarkan kerana ia hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kaum2 lain.

maya berkata...

Menaikkan gaji polis memang patut diberikan kerana kos sara hidup kian tinggi. Berhubung dengan rasuah serahkan saja kepada pihak2 tertentu untuk menjalankan siasatan.

kb girl berkata...

Ada banyak pekara yang lebih penting dari mengapi-apikan isu perkauman.
Rasuah, kes ragut dan sebagainya.

Unknown berkata...

Terpulang pada rakyat samada mereka mudah dipengaruh oleh isu-isu perkauman atau menilai siapa yang benar-benar mempertahankan hak rakyat.