Dua pejabat Umno bahagian - Cheras dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur - telah disimbah dengan cat kuning dan dilempar dengan beberapa ekor ayam mati.
Dalam blog Umnobahagiancheras.blogpsot, ketua bahagiannya, Datuk Syed Ali Al-Habshee dipetik berkata kejadian tersebut disedari kakitangan pejabat itu pada jam 8 pagi tadi.
Menurutnya, beliau kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa perbuatan "jahat" itu berunsur provokasi menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.
Dalam blog itu juga, Syed Ali mendakwa tujuan membaling ayam dan menyimbah cat untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan antara kaum khususnya di Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Syed Ali menasihatkan ahli akar umbi supaya tidak melatah kerana perbuatan itu bertujuan merosakkan perpaduan kaum dan menjejaskan keamanan negara.
Beliau menyifatkan insiden tersebut sesuatu yang serius dan meminta polis segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit.
Sementara itu, menurut blog riziqin.blogspot.com, Pemuda Umno bahagian Bandar Tun Razak membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan berhubung kejadian yang sama ke atas pejabat bahagian itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab menyimbah cat dan membaling ayam yang disembelih di kedua-dua bangunan itu.
Dalam kenyataan media, ketua pemudanya, Kamaruzaman Mohamad berkata perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.
Minggu lalu, kejadian yang hampir sama berlaku di Kangar, Perlis apabila berlakunya insiden cat hijau disembur pada sebuah kereta dan dinding bangunan, antaranya mengajak orang ramai turun menyertai perhimpunan BERSIH.
Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat negeri membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan