Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa tidak semua makanan yang diimport yang mempunyai perakuan halal oleh negara luar diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Perkara itu dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada persidangan Selasa lalu ketika menjawab soalan Datuk Dr. Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang). Dr. Hayati sebelum itu bertanyakan berhubung isu Susu 1Malaysia yang diimport dari Korea Selatan untuk diagihkan kepada pelajar sekolah. Katanya, ada pegawai yang mengatakan Malaysia tidak mengesahkan tanda halal pada susu itu kerana ia dari luar negeri dan tidak disahkan Jakim. "Sijil halal daripada luar negara boleh diterima. Katakan dari Korea seperti Yang Berhormat sebutkan tadi. Boleh. Tetapi pengeluar sijil halal di Korea itu hendaklah yang telah diiktiraf Jakim. "Katakan di Korea ada dua sahaja, saya pun tidak tahu, ini belum lagi diputusakan. Maknanya nanti Jakim akan mengeluarkan senarai yang mana daripada negara-negara berkenaan yang disahkan," kata Ismail. Katanya lagi, di China beliau difahamkan terdapat 53 badan agama namun tidak semua akan diiktiraf oleh Jakim. Menyoal lanjut, Dr. Hayati bertanya bagaimana rakyat negara ini boleh membezakan bahawasanya sesuatu itu diiktiraf atau tidak diiktiraf Jakim. Menjawab soalan itu Ismail berkata, Jakim akan memperincikannya dalam laman web Halal. "Saya percaya Jakim akan mengeluarkan bentuk-bentuk logo halal dan sebagainya dalam web Halal yang boleh dianggap sah," katanya. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 1 Julai 2011
Bukan semua logo halal luar negara diiktiraf
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan