HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 November 2011

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN UMNO

RONTOG DAILY

Jangan main-main dengan UMNO.

Itulah yang boleh dirumuskan daripada ‘kata dua’ Ketua Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin kepada LDP.

Bagi Musliati, mengkritik Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman samalah juga denganmengkritik UMNO dan BN secara keseluruhannya.

.

Musliati turut membidas LDP, salah sebuah parti komponen BN, kerana bertindak seperti pembangkang kerana tidak lagi mendokong semangat kesetiakawanan BN.

Menurutnya, tiada siapa pun berhak mendesak Ketua Menteri meletakkan jawatan.

“Mereka (pemimpin-pemimpin LDP) nampaknya telah hilang arah dalam perjuangan politik mereka dan bertindak bertentangan dengan konsep dan prinsip BN,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh FMT.

Musliati berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat oleh timbalan presiden LDP, Senator Chin Su Phin dan ketua wanitanya, Nancy Lim di Kongres Bersama Pemuda dan Wanita parti itu di Sandakan baru-baru ini.

Ketua Puteri itu menegaskan, mendesak Musa meletakkan jawatan menunjukkan sikap tidak hormat kepada UMNO dan presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang memberi kepercayaan penuh kepada Musa untuk memimpin Sabah menerajui Sabah.

“Kita tahu LDP kini mengalami krisis dalaman, oleh itu pemimpin-pemimpin parti tersebut sepatutnya menyelesaikan masalah itu dan mengukuhkan parti daripada mencari salah pihak lain bagi menutup kelemahan mereka,” tambahnya.

Tiada ulasan: