S Pathmawathy
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpendapat rakyat sudah mula "muak" mendengar penjelasan berulang dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung kontroversi yang melanda projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.
Bagi Datuk Seri Azmi Khalid yang mempengerusikan mesyuarat PAC hari ini, perbincangan awal mendapati mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.
"Kelemahan yang paling ketara antara MOA dan NFC adalah di mana wang telah dikeluarkan kesemuanya sejak tahun 2008 hingga akhir 2009.
"Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat.
"Tetapi masalahnya setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010," katanya.
Menurut Azmi, PAC juga mendapati banyak kelemahan yang berpunca di dalam pengurusan syarikat berkenaan.
"PAC mendapati hanya perkara yang sama berlaku dan kita dapati kelemahan yang jelas adalah sistem pengurusan yang mana ia tidak selari antara pengurusan dengan perlaksanaan."Dalam pada itu melihat kepada permasalah yang berulang ini PAC bersetuju untuk memanggil Kementerian Kewangan dan juga Ketua Setiausaha Negara bagi mencari penyelesaian serta memperbaiki kembali sistem yang lama yang tidak sesuai lagi pada masa sekarang," katanya.
Katanya, pada masa sekarang kebanyakan agensi mahupun jabatan lebih tertumpu kepada projek berkonsep perniagaan dan bagi mengelakkan perkara seperti NFC ini berulang maka perubahan kepada sistem operasi perlu dilakukan.
"Wujud kelemahan dalam sistem yang ada, apabila pihak audit menjalankan tanggungjawabnya serta memaparkan yang benar ia tidak akan disenangi oleh semua jabatan kerajaan," katanya.
Katanya, mesyuarat hari ini khusus kepada isu NFC tetapi pada peringkat awal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sahaja dipanggil.
"Pada peringkat awal isu NFC ini kita hanya memanggil MOA dahulu untuk kita ketahui permasalahan tersebut, dan pihak NFC kita akan panggil bagi mendengar keterangannya pada bulan Januari 2012 tahun depan.
"Kita belum lagi membincangakn perkara ini secara khusus kerana PAC belum lagi memanggil NFC," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan