HALAMAN SANTAI

Rabu, 23 November 2011

Tanah Sgi Besi: DAP persoal diskaun kepada 1MDB


Aidila Razak

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini menuntut penjelasan kerajaan terhadap apa yang didakwanya satu diskaun yang besar dalam penjualan sebidang tanah kepada 1Malaysia Development Berhad.

NONEBercakap di lobi Parlimen petang ini, Pua berkata, pada harga tanah seluas 495 ekar di Sungai Besi itu dijual, kerajaan secara efektifnya telah memberi RM3 bilion dalam subsidi kepada syarikat tersebut.

Menurutnya, pada harga RM240 sekaki persegi, tanah di Sungai Besi itu sudah seharusnya bernilai RM5.2 bilion.

Pua mendakwa, walaupun mempunyai potensi penilaian yang tinggi, tetapi kerajaan memilih untuk memindahkan tanah itu kepada 1MDB hanya pada harga RM1.6 bilion atau kurang RM3.6 bilion," katanya.

Tiada ulasan: