Sebenarnya apabila sebelum ini Janartana V Chandar iaitu merupakan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) menghantar ugutan nak bom helikopter yang dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kami kurang ambil pusing sebenarnya. Sebab?
Sebabnya, kalau anda pernah semak & ikuti berita yang dikeluarkan mengenai Saiful Hilmi sekitar 2 tahun lalu di Berita Semasa. Pasti anda masih ingat lagi, bukan kes yang membabitkan saudara Saiful Hilmi yang mengugut untuk membunuh Ketua Menteri Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Di mana beliau sekarang ini?
Seperti biasa, polis akan menjalankan tanggungjawab untuk soal siasat. Itu adalah tanggungjawab pihak polis, tiada yang menghairankan sebenarnya, polis akan bertindak apabila menerima laporan polis. Dan….akhirnya baru-baru ini pelajar kejuruteraan elektrik dari USM yang bernama Janartana V Chanda ini telahpun dilepaskan untuk memberikan peluang kepadanya mengambil peperiksaan.
Dan tak cukup dengan itu, ada kes yang terbaru yang membabitkan pelajar perempuan bernama, Peinee Teoh. Ulang suara pelajar perempuan yang menghantar pesanan yang ditujukan kepada PM Najib di Facebook dengan bunyi ugutan seperti gambar di bawah ini :
Seperti biasa, pelajar ini sedang ditahan & disoal siasat oleh pihak polis :
ALOR SETAR — Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.
Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya. Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.
“Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu,” katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.
Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.
“Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan,” kata Ahmad.
Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.
“Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu,” katanya.
Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.
“Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.
Ganas-ganas pelajar zaman sekarang. Nak bunuhla, nak bomla, nak tembakla….Apa sebab-sebab mereka berani bertindak begitu, terutamanya kepada pemimpin sekarang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan