HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Januari 2012

Dakwaan rasuah, Selangor tuntut penjelasan Raja Petra

FREE MALAYSIA TODAY

Setiausaha politik MB sifatkan beliau seorang yang kecewa kerana terpaksa hidup dalam buangan.



PETALING JAYA: Selangor menuntut penulis blog Raja Petra Kamaruddin memberi bukti dakwaan rasuah dalam pentadbiran negeri itu.

Setiausaha politik menteri besar Faekah Husin berkata, kerajaan negeri sedia membiayai kedatangan Raja Petra ke Selangor.

Selangor menyediakan RM15 juta untuk membami rasuah.

“Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius.

“Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada kerajaan negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RPK membuat dakwaan tersebut dajam wawancara eksklusif dengan akhbar harian New Sunday Times dan Berita Minggu semalam.

Hidup dalam buangan

Wawancara itu diadakan di London tempat tinggalnya setelah lari dari Malaysia lebih setahun lalu.

Faekah sebaliknya mendakwa RPK kecewa kerana terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi.

“… tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini.

“Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar.

“Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini.

“Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum”, kata Faekah.

Tiada ulasan: