HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Januari 2012

Isu NFC - Presiden MCA pula Serang Shahrizat.

Shahril shaid

alt

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) beranggapan pendekatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam menangani isu skandal Pusat Fidlot Negara (NFC) adalah sangat lemah dan menyebabkan rakyat memandangnya sebagai "sangat teruk" .

Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mendakwa, Shahrizat telah "dinasihati dengan lemah" berkenaan perkara itu selepas laporan Ketua Audit Negara 2010 dan turut menyatakan Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila berhadapan dengan situasi desakan untuk meletak jawatan.

Beliau mempertikaikan isu sebenar wang yang disalurkan berjumlah RM250 Juta sebagai dana Projek NFC.

"Disebabkan mereka (Pakatan) mempunyai maklumat, mereka akan mengunakannya untuk memburukkan lagi keadaan.

Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya,” katanya.

Tambah Chua lagi, beliau menyanggah dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Razak membisu berhubung isu tersebut tidak bermakna beliau mempertahankan Shahrizat atau mana-mana menteri Kabinetnya.

Pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan siasatan dan kerajaan juga telah mengumumkan perjumpaan dengan firma perakaunan untuk mengaudit akaun NFC tegas Chua.

"Shahrizat seharusnya tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya timbul kecelaruan sewaktu audit berkenaan didedahkan kata," jelas Chua lagi.

Tiada ulasan: