HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Januari 2012

Menteri: Anwar mungkin penyebab hubungan tak baik M'sia-Indonesia

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengesyaki Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penyebab kepada hubungan tidak baik Malaysia-Indonesia.

"Semalam dia datang sini (Pantai Dalam di ibu negara), bawa pemberita dari Indonesia.

"Yang penting apa yang dia putar belit mungkin menjadi penyebab hubungan tidak baik Malaysia dan Indonesia.

"Itu pemimpin yang anak dia di sini " katanya merujuk kepada anak sulung Anwar - Nurul Izzah - yang menjadi anggota parlimen Lembah Pantai.

Semalam, Anwar yang juga ketua pembangkang mengadakan rakaman untuk program personaliti dengan stesen televisyen swasta Indonesia TVOve di kawasan itu.

Menurut pegawainya, rakaman itu untuk melihat hubungan Anwar dengan rakyat biasa.

Berucap dalam majlis turun padang perdana menteri di kawasan itu, Raja Nong Chick juga menyifatkan kedatangan Anwar tidak mendapat sambutan.

"Berapa orang ikut dia? Tak ada orang kan?" katanya lagi.

Raja Nong Chik juga menggambarkan seolah-olah ketua umum PKR itu memperkecil usaha kerajaan membantu rakyat melalui program "Bantuan Rakyat 1Malaysia".

"Saya tak bohong. Dia kata, ambil BR1M tapi jangan sokong BN," katanya.

Tiada ulasan: