HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Januari 2012

Rayuan kes Anwar - Mageran selar Majlis Peguam salahkan kerajaan

ANTARA POS.COM

Post Pic



PETALING JAYA: Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) menyelar tindakan Majlis Peguam Negara dan badan hak asasi manusia yang mempersoalkan keputusan pendakwaraya memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan ketua pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim daripada tuuduhan sodomi.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam, berkata adalah salah bagi keda-dua badan berkenaan menyalahkan kerajaan di atas rayuan yang dibuat berhubung keputusan mahkamah tinggi terbabit.

"Apakah maksud mereka dalam berkata bahawa perdana menteri telah mebuat puusingan-U dengan membenarkan rayuan tersebut dibuat?

Mengapa menyalahkan perdana menteri? Beliau bukan peguam negara malah bukan juga seorang hakim," persoal beliau berhubung pendirian kedua-dua badan terbabit.

Jumaat lalu, pasukan pendakwaraya telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi selepas mahkamah terbabit pada 9 Januari lalu membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium DDesa damansara di Bukit Damansara.

Timbalan pengarah Badan pemantau hak asasi Asia, Phil Robertson dalam satu portal online, dipetik sebagai berkata adalah malang kerana pihak kerajaan tidak mengambil peluang yang dibentangkan oleh hakim mahkamah di perbicaraan berkenaan untuk 'mengundur diri secara terhormat" dari pendakwaan Anwar.

Pesiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee pula dipetik sebagaai berkata, rakyat bersikap sinis terhadap tuduhan jenayah yang dilemparkan terhadap Anwar sejak 1998 lalu.

Mohd Khairul berkata kenyataan seumpama itu menunjukkan Majlis Peguam dan Badan Hak Asasi Manusia sebenarnya pihak yang mempolitikkan kes tersebut.

"Anwar juga dalam kes ini tidak sepatutnya melobi kepada badan-badan antarabangsa untuk mengenakan tekanan terhadap negara," tambah beliau lagi.

Tiada ulasan: