HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Januari 2012

Saranan penjara wajib bagi pemandu berbahaya

Kerajaan patut mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan
kemalangan maut di jalan raya, kata Tan Sri Lee Lam Thye.

vk lingam judge tape panel report 061107 lee lam thyeAnggota Majlis Keselamatan Jalan Raya itu berkata kerajaan juga perlu menimbang untuk memperkenalkan skim "pandu selamat, kurang bayaran" yang bermaksud, pemandu yang mengikuti kursus pemanduan berhemah layak dikenakan bayaran premium insurans yang lebih rendah untuk kenderaan masing-masing.

Empat langkah itu adalah antara cadangan yang dikemukakan Lim dalam kenyataannya hari ini untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, khususnya pada musim perayaan.

Beliau juga mencadangkan agar kerajaan mengenal pasti semua bahagian jalan raya yang berbahaya dan mengambil langkah untuk mengatasi masalah itu.

Satu lagi perkara yang beliau cadangkan ialah pengajaran silibus berkaitan keselamatan di sekolah untuk menyemai etika baik ketika di jalan raya dalam kalangan golongan muda bagi melahirkan golongan baru pemandu kenderaan dan penunggang motosikal, yang bukan saja mementingkan keselamatan sendiri, tetapi juga keselamatan orang lain. Bernama

Tiada ulasan: