HALAMAN SANTAI

Sabtu, 21 Januari 2012

`Saya bukan hero, saya bukan Hang Tuah’

'Saya buat sekadar yang mampu. Kalau tidak boleh buat, saya berusaha membantu.Kalau anda boleh bantu 20 peratus, ada sudah boleh jadi hero," kata Dr Tan Seng Giaw.



PETALING JAYA: Warga Kepong yang berjumlah antara 30, 000 hingga 40, 000 orang barangkali mengetahui atau mengenali lelaki Cina berusia 60-an ini.

Dr Tan Seng Giaw adalah ahli Naib Presiden Kebangsaan DAP dan parlimen Kepong sejak tahun 1982. Nama ini cukup dikenali di kalangan orang politik.

Sumbangannya di Kepong mungkin tidak diketahui orang tetapi besar. Masalah jalan, lampu isyarat, rumah dan pinjaman along antara yang kerap diterima Dr Tan.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak boleh memuaskan semua orang.

“Saya bukan Hang Tuah, saya bukan hero. Saya buat sekadar yang mampu. Kalau tidak boleh buat, saya berusaha membantu.

“Kalau mereka ada masalah, datang ke pejabat saya di Jinjang Utara. Semua orang mempunyai masalah, kalau tiada masalah ini bukan dunia tetapi syurga,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Orang Kepong kaya

Kepong kata ahli parlimen veteran itu, membangun secara pesat dan kerana itu memerlukan lebih banyak rumah untuk menampung keperluan.

Menurutnya, penduduk Kepong mempunyai simpanan antara tertinggi di negara ini.

“Saya berkata demikian kerana semua bank utama membuka operasi di Kepong. Bank ini mahu wang, kerana orang Kepong ada wang mereka datang ke sini,” katanya.

Adakah Dr Tan menentang projek pembangunan yang dibuat oleh BN di Kepong?
Jawabannya tidak.

“Kalau hendak buat projek untuk manfaat rakyat saya tidak bantah tetapi perbelanjaan biar cocok.

“Kalau nilai RM2 juta jangan belanja RM5 juta,” katanya.

Tiada ulasan: