Menteri Muda Hal Ehwal Islam berkata, muslihat pembangkang yang hanya 'tunjuk muka' ketika menjelang musim pilihan raya sudah diketahui umum.
KUCHING: Sarawak tidak memerlukan parti pembangkang kerana tiada parti yang sehebat Barisan Nasional (BN) dalam memastikan kebajikan untuk rakyatnya.
Beliau berkata, bermacam propaganda seperti ‘negara berkebajikan’ yang diuwarkan pembangkang demi memancing undi rakyat sebenarnya telah lama dilaksanakan oleh BN.
“Tiada parti yang boleh melakukan terbaik buat rakyat selaian BN. Justeru, jangan kita terpengaruh dengan janji manis pembangkang lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bantuan Persekolahan Peringkat Negeri Sarawak dan Penyerahan
Bangunan Dewan Tupong anjuran Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Kampung Tupong.
Turut hadir, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Haji Fadillah Haji Yusuf, Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP), Haji Ahmad Ayob Haji Ibrahim dan Datuk Bandar DBKU, Datuk Abang Haji Abdul Wahab Abang Julai.
Daud yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong memberitahu, Dewan Masyarakat Kampung Tupong berharga RM2.2 juta serta mampu menampung 2,000 orang pada satu masa adalah antara dewan yang terbesar dalam Parlimen Petra Jaya.
Terdahulu, Ahmad Ayob dalam ucapannya memberitahu seramai 473 pelajar di Dun Tupong menerima sumbangan berupa barangan pesekolahan masing-masing bernilai RM220 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM104,060.
Menurutnya, sumbangan itu datang daripada wang zakat Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan