HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Januari 2012

UPSI: Pemuda PAS ajak Pemuda Umno bantah Auku

Harakahdaily


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mempelawa Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak membincangkan insiden yang berlaku di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim baru-baru untuk duduk semeja.

Langkah ini perlu jika mereka benar-benar ikhlas dan jujur untuk membebaskan perjuangan Mahasiswa daripada cekaman Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) supaya ianya dihapuskan, kata timbalan ketuanya, Raja Ahmad Al Hiss.

"Kami mengambil pendirian serius untuk bersemuka dengan Pemuda Umno Perak bagi melihat perjuangan Mahasiswa selama ini tidak sia-sia dengan kejadian ganas tersebut yang akan berulang.

"Kami zahirkan kesedian untuk duduk semeja bagi memastikan Mahasiswa benar-benar bebas daripada ugutan dan ancaman Auku sehingga kini," katanya.

Tetapi jika Pemuda Umno Perak menolak pelawaan ini, jelas Pemuda Umno Perak terus mengakui bahawa AUKU adalah Akta yang akan mengikis integriti Mahasiswa dalam Universiti kita.

Mereka akan menghantar surat rasmi dalam masa terdekat kepada Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun bagi menzahirkan hasrat tersebut.

"Bagi kami, beliau yang juga bekas Mahasiswa di Universiti Luar Negara faham akan isu ini dan sudah tentu Khairul juga mempunyai pendirian terhadap AUKU itu sendiri.

"Jika Khairul bersetuju dengan AUKU, bermakna beliau bertentangan dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin di dalam isu ini," katanya.

Tiada ulasan: