Seorang anggota Pemuda Umno yang berada di barisan depan dalam demonstrasi depan pejabat PKR Ahad lalu mendakwa, keadaan pada malam itu menjadi kecoh apabila kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim terlanggar seorang peserta.
Saksi yang enggan namanya disebut itu berkata, peserta demonstrasi mula menendang kereta Mercedes Benz itu menyebabkan kerosakan pada pintu dan cermin.
"Ia Mercedes, bukan Kancil. Tentulah sakit," katanya sambil mendakwa tindakan itu diikuti rakan mereka yang lain.
Beliau yang berada di situ dari jam 8 hingga 12.30 tengah malam bagaimanapun menafikan polis tidak mengambil tindakan menyuraikannya.
Katanya, anggota keselamatan juga membuat benteng manusia dan menarik ke tepi lelaki yang disyaki mempunyai mercun tetapi tidak menjumpai sebarang bukti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan