"Sekarang apa yang sebenarnya berlaku dalam Felda? Pada peringkat awal Felda kata penyenaraian akan membabitkan KPF tetapi kini tak ada KPF pun kita buat."
PETALING JAYA: Para peneroka Felda semakin keliru kerana mereka tidak diberi maklumat mengenai penyenaraian Felda Global Venturing Holding (FGVH) oleh kerajan Jun ini.
Gabungan Wawasan Peneroka Felda (GWPF) yang mempunyai 121, 635 ahli juga mendakwa peneroka tidak gembira jika kerajaan mengenepikan Koperasi Peneroka Felda (KPF) dalam usaha penyenaraian tersebut.
Gabungan Wawasan Peneroka Felda (GWPF) 121, 635 ahli berkata, mengenepikan Koperasi Peneroka Felda (KPF) bermakna mengenepikan peneroka Felda.
Timbalan Presiden GWPF, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, sehingga hari ini belum memberikan maklumat yang menyeluruh kepada para peneroka. Taklimat ringkas ada tetapi tidak jelas.
“Mereka panggil ketua-ketua peneroka dan memberikan maklumat asas mengenai penyenaraian. Maklumat tidak lengkap jadi bagaimana mereka mahu menyampaikannya kepada peneroka.
“Sepatutnya, Felda pergi ke rumah peneroka atau turun ke ladang-ladang bertemu sendiri dengan peneroka bukan hanya membuat program dalam dewan,” tambah beliau.
Minggu lalu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa penyenaraian FGVH tetap dibuat walaupun tanpa KPF.
NGO Felda pembangkang iaitu Kumpulan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) telah memfailkan injuksi mahkamah bagi menghalang penyenaraian tersebut.
Jangan kelirukan peneroka
“Sekarang apa yang sebenarnya berlaku dalam Felda? Pada peringkat awal Felda kata penyenaraian akan membabitkan KPF tetapi kini tak ada KPF pun kita buat.”
“Ini yang membuatkan peneroka menjadi keliru. Mereka menjadi takut dengan isu-isu yang dimaikan pihak tertentu seperti tanah meraka akan terjual.
“Felda kena menjelaskan semua ini, jangan terus membuat peneroka menjadi keliru dan takut,” tambah beliau lagi.
GWPF juga membantah pengurusan FGVH diserahkan kepada orang luar berdasarkan hubungan politik.
“Peneroka tidak mahu lagi orang luar menguruskan Felda, cukuplah dengan apa yang berlaku sekarang.
“Memberikan orang luar menguruskan Felda, seperti menghina anak peneroka Felda. Jangan lupa ramai peneroka yang berjaya. Dua orang menjadi ketua setiausaha kementerian, dua orang setiausaha kerajaan negeri, ahli parlimen, Adun, tokoh korporat dan sebagainya.
“Jangan perlekehkan anak Felda,” kata Abdullah lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan