MALAYSIA KINI
Jawatankuasa pilihan khas parlimen bagi menyiasat keselamatan kilang nadir bumi bernilai RM700 juta di Kuantan hanya bertujuan mengetepikan kritikan demi kritikan sehingga pilihan raya umum akan datang, dakwa anggota parlimen PKR.

Wakil rakyat Kuantan Fuziah Salleh memberi amaran, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat mandat baru kelak, projek yang bertentangan dengan hasrat rakyat itu akan diteruskan.
"Apabila beliau kembali ke tampuk kuasa selepas pilihan raya umum, beliau boleh memberikan jalan kepada Lynas beroperasi walaupun telah melihat betapa rakyat membantahnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kerajaan juga didakwa cuba menangguhkan masa supaya usaha di masa depan untuk membatalkan projek itu akan terhalang dengan peningkatan kos pampasan yang dijangka meningkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan