HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Mac 2012

Subsidi RM2 bil BR1M lonjakkan harga minyak?

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata jumlah itu diambil dari peruntukan subsidi sektor gas cecair, diesel dan petroleum yang bernilai RM17 bilion.


Sekitar Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan peruntukan kira-kira RM2 bilion subsidi untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dikhuatiri akan menyebabkan kenaikan harga minyak selepas Pilihan Raya Umum akan datang (PRU13).

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata jumlah itu diambil dari peruntukan subsidi sektor gas cecair, diesel dan petroleum yang bernilai RM17 bilion.

Katanya, persoalan timbul apabila kerajaan perlu memikirkan cara untuk menampung kembali jumlah wang subsidi yang telah berkurangan selepas dibelanjakan untuk BR1M.

Beliau mendakwa ini terbukti apabila melihat perbandingan tahun 2011, subsidi RON95 turut berkurang RM1.1 bilion dan minyak masak RM400 juta, menjadikan jumlah subsidi berkurang RM3.4 bilion berbanding tahun lalu.

Beliau juga bimbang jika BR1M ini hanya satu janji manis semata-mata untuk memberi laluan kepada PRU13, dan sebaik selesai rakyat akan dikenakan kenaikan harga tiga item terbabit.

“Sekiranya jumlah subsidi berkurang, adakah berkemungkinan selepas PRU13 kerajaan akan buat penstrukturan semula atau tarik balik subsidi dengan implikasi harga RON95 dan diesel terpaksa dinaikkan?,” soalnya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Azan turut mempersoalkan kenyataan bercanggah Jawatankuasa Pemandu sebelum ini yang menjamin tiada pemotongan subsidi akan dibuat sepanjang tahun ini dengan alasan dengan kedudukan kewangan perbelanjaan rakyat masih dalam keadaan sukar.

“Bagaimana dengan jumlah pengurangan ini Pemandu boleh jamin tiada kenaikan dalam barang keperluan rakyat kerana menyedari rakyat dalam keadaan susah,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu lalu dalam Dewan Rakyat berkata penduduk Selangor dan Kelantan merupakan penerima BR1M yang tertinggi, dengan jumlah 13 peratus bagi Selangor dan Kelantan (84 peratus).

Sehingga 1 Mac, Najib berkata sebanyak 3.74 juta daripada 4.78 permohonan diluluskan dan turut dilanjutkan sehingga 31 Mac ini.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cutting or increasing subsides ??
It needs a lot of planning and strateging....Hope what the government does will not increase the burden of Malaysian esp. to the people in Sabah.

Kris Jr berkata...

Diharap lonjakn minyak tidak terjadi, tu semua spekulasi semata-mata

Kris Jr berkata...

Pembangkang akan sentiasa mengunakan isu BR1M untuk menakut-nakutkan rakyat

Tanpa Nama berkata...

kerajaan kena lebih bijak dalam mengurus kewangan negara.

Bujang Senang berkata...

Jangan fikir menaikan harga minyak. Kerana itu akan mendapat tentangan dari rakyat.

Nemia berkata...

I don't think this is true. I didn't manage to find any resources on this.

onong berkata...

Setahu saya, kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi walaupun lonjakan harga minyak.

unknown berkata...

Not related at all.

Ezef berkata...

Please never ever make any speculations.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan sudah tambah 10sen subsidi ke atas RON97 lagi tapi harga minyak masih kekal.

Tanpa Nama berkata...

Pengurusan kewangan perlu dilakukan dengan bijak.

evan medhousky berkata...

macam2 tanggapan negatif dilemparkan terhadap BR1M.. kenapa Azan Ismail tidak persoalkan apa yang akan dikorbankan oleh Anwar jika PTPTN dimansuhkan untuk memberi laluan kepada pendidikan percuma?? apa yang akan dikorbankan jika kerajaan pakatan melaksanakan tambahan rm500 elaun guru2? apa yang akan dikorbankan jika kerajaan pakatan memansuhkan tol???

drako drakonius berkata...

A total of RM1.92 billion was distributed to 3.8 million households in the country under the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) up to March 1

drako drakonius berkata...

Disclosing this at the Dewan Rakyat here yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak (pictured top) said Selangor received the highest percentage of the total disbursement, at 13 per cent, while Kelantan registered the biggest percentage of households in a state receiving the aid, at almost 84 per cent.

drako drakonius berkata...

“Up to March 1, some 4.78 million households registered for the aid. Some 3.74 million, or almost 80 per cent, were successful while 972,000, or almost 20 per cent, were unsuccessful.

drako drakonius berkata...

“Of the 200,000 appeals received, almost 92 per cent were approved after the applicants submitted complete applications,” he said in reply to a question from Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) who had wanted an update on the BR1M programme and the number of applications received.

drako drakonius berkata...

A one-off RM500 payment is given under the BR1M programme to households earning less than RM3,000 per month, as provided for under Budget 2012.

drako drakonius berkata...

Najib, who is also Finance Minister, said the money distributed under the BR1M programme was derived from revenue collection and not from loans as claimed by certain quarters.

drako drakonius berkata...

“The success of the BR1M programme is due to economic strength and efficient management of the economy. The government always ensures prudent management of the nation’s revenue collection and expenditure for the benefit of the people,” he said.

drako drakonius berkata...

Replying to a supplementary question from Tiong on whether the government would maintain the BR1M programme, Najib said: “The government’s commitment is for a one-off payment, but we do not discount the possibility of providing the aid in the future, if the situation permits.”

drako drakonius berkata...

Najib said the government was generally satisfied with the programme, and would conduct a post mortem to rectify weaknesses if it wants to implement it in the future.

drako drakonius berkata...

Replying to another supplementary question, from Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), the Prime Minister said the government was prepared to extend the appeal period, scheduled to end on Thursday, for people in the Sabah and Sarawak interior.

drako drakonius berkata...

“We are flexible with the dates on the BR1M payment. It is important that all the people in the interior benefit from the programme. We will extend the period if we have to because some places in Sabah and Sarawak are remote and we need some time (to reach people there),” he said.