HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 Jun 2012

Nurul Izzah prihatin, pertahan tuntutan penduduk Ladang Bukit Jalil

Oleh Aisha Geoffrey


KUALA LUMPUR : Seramai 41 keluarga bekas pekerja Ladang Bukit Jalil berkumpul di hadapan pejabat Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya bermula 11 pagi tadi dalam program ‘Occupy Pejabat PM’ bagi mendapatkan kata putus berkenaan tuntutan mereka.



Koordinator Propaganda Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), S Mathavi berkata, mereka datang untuk berjumpa PM secara peribadi tetapi hanya dapat menemui Timbalan Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Kasim Hamzah dan pegawainya.

“Pukul 1.00 petang tadi, lima wakil penduduk telah masuk ke pejabat PM dengan tujuan menemui PM, malangnya hanya wakil dari Kementerian Wilayah yang menemui mereka, wakil dari JPM juga tiada,” kata beliau ketika dihubungi Keadilan Daily.

Mengulas perkembangan terkini occupy itu, Mathavi menjelaskan, pada malam ini akan diadakan ceramah oleh Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan wakil dari Solidariti Mahasiswa Malaysia dan beberapa wakil NGO.

Peserta occupy menuntut Kerajaan Persekutuan agar memberi tanah seluas empat ekar dari keseluruhan 26 ekar yang dirampas.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil alih ladang itu sedangkan pemilik Ladang Bukit Jalil tidak menggantikan kediaman mereka dengan rumah teres kos rendah.

Tiada ulasan: