SABAH KINI
KUALA
LUMPUR : Seorang Anggota Parlimen mencadangkan agar kerajaan
menyeragamkan harga barangan keperluan di negara ini supaya penduduk di
Sabah dapat menikmati harga barangan keperluan bersubsidi pada harga
yang sama seperti pengguna di Semenanjung.
Datuk Dr Marcus
Mojigoh (BN-Putatan) berkata isu harga barangan keperluan di Sabah
menjadi rungutan penduduk negeri itu berikutan kenaikan harga barangan
keperluan harian kebelakangan ini.
"Saya
cadangkan kerajaan mengkaji semula perkara ini supaya rakyat tidak
dibebani dengan masalah kenaikan harga barang sedangkan kerajaan mampu
memperuntukkan subsidi sebanyak RM37 juta untuk gandum dan RM367 juta
bagi pembelian gula mentah," katanya ketika membahaskan Rang
Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 pada persidangan Dewan
Rakyat.
Beliau
berkata jika kerajaan terus mengimpot gula mentah dan tepung gandum
dari negara luar, hanya syarikat yang dilantik mendapat keuntungan
bukannya rakyat khususnya di Sabah.
Terdahulu,
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin membentang rang
undang-undang itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, bagi memohon
peruntukan tambahan berjumlah RM13,795,345,000 sebagai peruntukan
mengurus tambahan pertama tahun ini. (Bernama)
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan