Oleh Musli Oli
Rakyat yang pada mulanya tiada pilihan terus melanggani kedai kopi itu walaupun telah timbul rasa tidak puas hati.
Tiba-tiba muncul Coffee Beans, Starbucks Coffee, Secret Recipe, Pappa
Rich dan banyak lagi Kopi Tiam yang menjadi saingan kepada kedai kopi
UMNO!
Terpinga-pinga pemilik kedai kopi…kedai kopi tiba-tiba lengang.
Pelanggan yang datang hanya untuk main dam haji. Bukan dikalangan
pelanggan yang makan dan minum seperti dulu.
Lalu pemilik kedai kopi berkata, "Alangkah bodoh dan bebalnya
pelanggan yang mengunjungi kedai-kedai itu sedangkan makanan dan
minumannya jauh lebih mahal dari kedai kopi kami!"
Lalu golongan muda dicerca dengan kata-kata tiada semangat nasionalis
kerana melanggani kedai-kedai milik asing? Rakyat di tuduh lupa diri dan
negara boleh dijajah semula jika terus makan dan minum di kedai-kedai
milik Yahudi!
Pengaruh globalisasi, ledakan maklumat telah meniup sentiment universalisme dan kesamaan sejagat yang mengatasi kepentingan kaum dan agama, sebaliknya rakyat mencari kebenaran dan keadilan.
http://muslioli.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan