KUALA LUMPUR - Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 yang tidak menentu disifatkan menyusahkan semua rakyat di negara ini termasuk para bakal haji, ahli dan penyokong parti politik, para peniaga dan usahawan serta para mahasiswa.
Menurut Ahli Jawtankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, ramai yang tidak jadi pergi mengerjakan umrah ketika cuti sekolah selama dua minggu baru-baru ini, kerana bimbang pilihanraya diadakan pada tempoh tersebut.
“Ada seorang jiran saya di Taman Melewar hampir membatalkan kenduri kahwin anaknya pada 9 Jun 2012, kerana ura-ura tarikh pembuangan undi.
“Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Yong Poh Kon berkata akibat tarikh pilihanraya tidak menentu mereka berhadapan ketidaktentuan yang berpanjangan,”ujarnya dalam satu kenyataan media.
Katanya, Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam juga mengalami penderaan yang sama kerana pihak universiti menerima arahan daripada pihak atasan supaya jangan adakan pilihanraya kampus kerana takut kumpulan pro Umno BN kalah.
“Kerajaan faham bahawa keputusan pilihanraya kampus akan memberi kesan politik di luar. Sekarang mahasiswa menjadi mangsa, sepatutnya pilihanraya kampus diadakan pada bulan Feb sehingga kini belum nampak petanda akan diadakan.
“Tidak pernah berlaku di dalam sejarah pilihanraya kampus ditangguhkan, sehingga sudah melewati waktu. Paling malang ada di kalangan pimpinan MPP yang akan menamatkan pengajian selepas peperiksaan sedang berjalan sekarang,”jelasnya.
Persoalannya, kata beliau, siapa yang akan mengendalikan urusan Majlis Perwakilan Pelajar selepas ini.
Oleh itu, beliau menegaskan, Perdana Menteri Najib Razak telah menyusahkan semua rakyat termasuk mahasiswa turut menjadi mangsa.
Penangguhan pilihanraya kampus, katanya, menandakan Umno-BN dilanda dengan mimpi ngeri bagi orang yang bersalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan