Di
manakah titik pertemuan antara Al-Quran dan sains? Jawapannya: Al-Quran
diturunkan Allah dan alam dengan banyak penemuan sains ini dijadikan
Allah. Di situlah titik pertemuannya.”Maka itu, kebesaran Allah boleh
dilihat daripada penemuan sains, dan penemuan sains adalah bukti
kehebatan Allah,” kata ilmuwan dari Pulau Pinang, Malaysia, Dr Danial
Zainal Abidin.Membicarakan topik Quran Saintifik dalam satu kuliah di
Masjid Al-Istiqamah sempena karnival masjid itu minggu lalu, Dr Danial
berkata Al-Quran adalah satu-satunya mukjizat yang kekal hingga kiamat.
Menegaskan
bahawa Al-Quran sebagai satu mukjizat adalah pegangan, bukan
pandangan, beliau memetik hadis riwayat imam Bukhari bahawa Nabi
menyatakan “semua rasul mendapat mukjizat yang boleh membuat orang
beriman, mukjizat kepadaku ialah wahyu iaitu Al-Quran”.
Beliau
juga menekankan perlunya umat Islam bukan setakat mengaji, malah
mengkaji kandungan Al-Quran sehingga terasa kehebatannya. Beliau
menyebut beberapa pemikir Barat memeluk Islam setelah mengkaji Al-Quran
dan melihat kehebatannya. Antaranya ialah Dr Jerald Frederik Dirks dari
Kansas, Amerika, yang memiliki ijazah dalam bidang ketuhanan dan
pernah menjadi paderi; Dr Gary Miller, pakar matematik dan ahli teologi
Kristian; Dr Jeffrey Lang, juga pakar matematik dan beberapa tokoh
lain.
“Mereka
memeluk agama Islam selepas mengkaji Al-Quran. Saya termenung kerana
saya melihat bangsa saya, Melayu-Islam, malas mengkaji Al-Quran. Yang
paling hebat ialah rajin mengaji tapi jarang mengkaji.
“Memang
wajar kita ajar anak mengaji dahulu, belajar baca dengan betul. Tetapi
saya lihat orang kita dah hampir masuk kubur masih dengan huruf lagi
(belajar tajwid), tapi tak faham apa yang dibaca.
“Baik,
tapi malang. Baik kerana boleh mengaji tetapi malang kerana tak faham
apa yang dibaca. Kalau kita tak boleh kenal mukjizat, kalau mengaji
tetapi tak faham, kita tidak nampak keunikan Al-Quran, kehebatan
Al-Quran, kuasa Al-Quran.
“Dr Jerald
berubah sebab beliau faham selepas mengkaji. Kita tidak akan berubah
sebab kita tidak faham dan kita tidak mengkaji. Maka kita malang di
situ sedangkan Al-Quran ini hebat,” ujar beliau.
Menurut Dr Danial, kita perlu berinteraksi dengan Al-Quran dengan metodologi yang betul.
“Apabila kita mengkaji Al-Quran, kita kata wow! Wow adalah bahasa yang menggambarkan kekaguman, ketakjuban. Dr Gary Miller, apabila masuk Islam, berkata Al-Quran sangat menakjubkan sehingga terdorong menulis buku The Amazing Al-Quran. Itu wow. Isinya menakjubkan. Itu bahasa iman. Kagum pada isi Al-Quran. Wow ialah wow keimanan. Ada orang baca tidak ada rasa apa-apa. Baca kosong, tanpa faham, tanpa rasa takjub, tanpa rasa wow!
“Apabila kita mengkaji Al-Quran, kita kata wow! Wow adalah bahasa yang menggambarkan kekaguman, ketakjuban. Dr Gary Miller, apabila masuk Islam, berkata Al-Quran sangat menakjubkan sehingga terdorong menulis buku The Amazing Al-Quran. Itu wow. Isinya menakjubkan. Itu bahasa iman. Kagum pada isi Al-Quran. Wow ialah wow keimanan. Ada orang baca tidak ada rasa apa-apa. Baca kosong, tanpa faham, tanpa rasa takjub, tanpa rasa wow!
“Kita mahu wow pada Al-Quran, bukan wow pada hiburan, wayang, makanan dan lain-lain,” ujarnya.
Bagaimana hendak berasa takjub dan kagum?
“Kita kena
gali rahsia mukjizat. Salah satu pendekatannya, bukan satu-satunya,
ialah mengkaji Al-Quran dan mengaitkannya dengan penemuan sains,” jelas
beliau.
Penemuan
sains perlu metodologi. Sains adalah penemuan manusia dengan teleskop,
mikroskop dan teknologi. Al-Quran daripada Allah. Ia tidak berubah.
Sains boleh berubah. Di mana titik pertemuannya? Penemuan sains tentang
alam. Al-Quran daripada Allah, alam juga dicipta Allah.
Surah
Al-A’laa menjelaskan: “Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, yang
menciptakan, dan menyempurnakan (penciptaan-Nya), dan menentukan kadar
(masing-masing) dan memberi petunjuk”. Allah menciptakan segalanya
mengikut kadar (keseimbangan tertentu). Manusia menyedut oksigen dan
mengeluarkan karbon dioksida, dan pokok pula mengambil karbon dioksida
dan mengeluarkan oksigen – lalu wujud sistem ekologi.
“Siapa
yang wujudkan sistem itu? Ia ada satu kuasa besar. Dialah yang
mewujudkan sistem yang seimbang ini. Dia juga mewujudkan kadar. Graviti
ada kadar. Apabila dikaji, kita akan dapat petunjuk,” kata beliau.
Menurut Dr Danial lagi, terdapat lebih 750 ayat tentang alam – proses kejadiannya, sistem suria, geologi, bumi dan sebagainya.
“Al-Quran
bercakap tentang alam. Justeru kalau kajian kita tentang alam itu
betul, ia akan selari dengan kenyataan Al-Quran tentang alam sebab
kedua-dua daripada Allah,” kata beliau.
Rasulullah,
jelasnya, bukan saintis. Umatnya ketika itu baru keluar daripada
jahiliyah. Ada ayat Al-Quran yang baru difahami sekarang dalam abad
ke-20. Dalam bukunya, Dr Miller menyebut kisah seorang pakar lautan
yang kagum mengenai ayat menerangkan lapisan ombak sedangkan kehidupan
Nabi tiada kena mengena dengan kelautan.
Pakar laut
itu kagum kerana hanya teknologi moden dan kapal selam abad ke-20
mengesahkan tentang lapisan ombak sedangkan Al-Quran sudah menyebutnya
l,400 tahun lalu. Beliau lalu memeluk Islam. Derasnya ombak dalam
lautan itu terlihat semasa kejadian tsunami 2004. Perubahan pada kerak
bumi itu menghasilkan ombak yang sederas 800 kilometer sejam, dengan
kekuatan menyamai 23,000 tenaga bom atom Hiroshima, sehingga menjejas
11 negara dan meragut ribuan jiwa.
“Belajarlah
sains dan kaitkan dengan Al-Quran, barulah pelajaran itu ada ruh,
kalau tidak sains itu sains kering. Kita mahu sains yang membentuk
rohani, bukan menimbulkan keraguan… Sains boleh membawa kepada iman,”
kata beliau.
Dan Allah
menjelaskan hal ini dalam surah Fussilat: 53: “Kami akan memperlihatkan
kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada
diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu
adalah benar…”
“Sa” dalam bahasa Arab adalah mengenai masa depan. Allah terangkan sesuatu bukan di zaman Nabi, tetapi dalam zaman selepas Nabi.
Dan Allah
hendak tunjukkan kepada “mereka” – menurut ahli tafsir, “mereka”
merujuk kepada orang kafir yang tidak percaya pada Al-Quran (dan hanya
percaya sains) – sehingga sebahagian mereka akhirnya peluk Islam.
Dr Danial
juga menganjurkan supaya merujuk buku Tibyan fi ulumul Quran
(penerangan mengenai ulum Quran) oleh Syeikh Muhammad Ali Assabuni dan
kitab Al-asas Fi Tafsir oleh Syeikh Syed Hawa mengenai pendekatan
mengaitkan penemuan sains dengan Al-Quran.
1 ulasan:
best artikel...semestinyalah Al-Qur'an tidak hanya jadi hafalan atau bacaan semata tapi mestilah ianya hidup dalam cara berfikir.... perbuatan dan tingkah laku kita kaum muslimin.
Catat Ulasan