Shahbudin Husin
Mahathir
akhirnya bersuara mempertahankan tindakan BN mencalonkan pemimpin
Perkasa mewakilinya dalam pilihanraya ini atas alasan NGO itu menyokong
UMNO meskipun tindakan itu mengundang risiko berkurangnya sokongan
daripada pengundi bukan Melayu.
Walaupun
Mahathir hanya menyebut mengenai Zulkifli Nordin secara langsung dalam
isu ini tetapi adalah dipercayai ianya juga melibatkan Ibrahim Ali
yang bertanding sebagai calon Bebas di Pasir Mas.
Tindakan
Mahathir mempertahankan calon dari Perkasa ini mengesahkan andaian
banyak pihak bahawa adanya campurtangan beliau sehingga membuatkan
calon BN Pasir Mas, Johan Che Pa tidak mengemukakan borang
pencalonannya dan seterusnya memberi laluan kepada Ibrahim Ali yang
bertanding atas tiket Bebas untuk berhadapan satu lawan satu dengan Pas
dan mendapat sokongan daripada UMNO.
Apabila
namanya tidak disebut sebagai calon mewakili BN di Pasir Mas, Ibrahim
Ali dikatakan telah menghubungi Mahathir yang ketika itu berada di
London kerana menghadiri majlis pengkebumian bekas Perdana Menteri
Britain, Margaret Thatcer.
Ibrahim
telah meluahkan rasa kecewanya kepada Mahathir sambil menganggap Najib
telah mungkir janji terhadapnya kerana pernah memberi jaminan bahawa
beliau akan diberi peluang bertanding mewakili BN di Pasir Mas.
Adalah difahamkan, Mahathir kemudiannya telah menghubungi Daim Zainuddin supaya segera bertemu dengan Najib dan menyampaikan mesejnya yang mahukan Ibrahim dijadikan calon, Setelah Daim bertemu dengan Najib dan memaklumkan hasil pertemuannya dengan Mahathir, bekas Perdana Menteri itu sendiri telah menghubungi Ibrahim dan mengatakan semuanya telah diselesaikan.

akhirnya Johan Che Pa menarik diri dan memberi ruang kepada Ibrahim
berlawan satu lawan satu dengan Pas, peranan dan campurtangan Mahathir
segera diperkatakan sebagai puncanya. Mahathir bukan saja mempunyai
hubungan rapat dengan Perkasa dan beberapa kali menghadiri perhimpunan
yang dianjurkan oleh NGO itu, bahkan juga pernah mencadangkan kepada
Najib agar Ibrahim dipilih sebagai calon.
Lebih dari itu, Mahathir juga berjanji akan turun berkempen membantu Ibrahim Ali di Pasir Mas.
Kini bukan
saja Mahathir berjaya mengotakan kota-katanya itu, malah secara tidak
langsung memperlihatkan kecenderungannya untuk menguasai semula UMNO
yang kini dipimpin oleh Najib.
Setelah berkuasa selama 22 tahun sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dengan Daim menjadi panglima paling kanannya, gandingan itu seakan muncul kembali menunjukkan taringnya.
Dalam kempen yang sedang berjalan sekarang, Mahathir dilihat sama sibuk dengan Najib berkempen untuk UMNO dan BN. Walaupun sudah beberapa kali beliau menyatakan bahawa tindakannya hanyalah untuk membalas jasa UMNO, namun kecenderungan untuk menguasai UMNO terlihat bergerak seiring dengannya.

Yang
paling ingin dimenangkannya, selain BN di peringkat Pusat, ialah BN di
peringkat negeri Kedah kerana ianya akan memberi laluan kepada anaknya,
Mukhriz menjadi Menteri Besar di negeri jelapang padi itu.
Mahathir
memang diketahui aktif menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat sejak
beberapa tahun lalu manakala Daim pula muncul beberapa bulan
kebelakangan ini dengan tindakan yang sama. Walaupun keduanya seakan
mempertahankan Najib dan menyarang Anwar, sasaran yang sebenarnya ialah
penguasaan terhadap UMNO.
Dengan adanya calon-calon dari Perkasa yang diketengahkan dan Mukhriz yang cuba dimenangkan, selain masih ada pemimpin UMNO sendiri yang berkiblatkannya, Mahathir dan Daim dipercayai akan memainkan peranan yang lebih besar dalam UMNO selepas pilihanraya nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan