HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 April 2013

PAS beralah, serah Kota Damansara kepada PKR



 
PAS akhirnya beralah dan bersetuju menyerahkan kerusi DUN Kota Damansara untuk ditandingi calon PKR.

Keputusan itu dicapai selepas hampir seminggu parti itu berunding dengan PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

NONE"Selepas rundingan, saya mengumumkan bagi kerusi DUN  Kota Damansara, kami akan kembali kepada status quo seperti sebelum hari penamaan calon.

"Kerusi itu diperuntukkan kepada PKR," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di ibupejabat parti di Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu, katanya, calon yang bertanding di bawah tiket PKR akan menjadi wakil rasmi Pakatan Rakyat.

Penyandang kerusi tersebut, Pengerusi PSM, Mohd Nasir Hashim telah bersetuju bertanding bawah tiket PKR,  sehinggalah PAS turut meletakkan calonnya, Razali Ismail, pada hari penamaan calon.

Tiada ulasan: