KL TODAY
KUALA
KANGSAR: Parlimen Kuala Kangsar, kubu kuat Umno selama ini, kini
menjadi lemah dan kubu itu boleh dirobohkan, menjelangnya Pilihan Raya
Umum ke 13 (PRU13). Calon PAS Khalil Idham Lim berkata, PAS bakal
melakar sejarah di kawasan itu berikutan kerja kuat daripada seluruh
petugas parti dan ahli serta pertolongan daripada Allah.
Sambil
melahirkan keyakinan untuk memenangi kerusi itu, beliau berkata,
insya’Allah PAS boleh bertapak di kawasan itu tambahan pula berlaku
pepecahan dalam Umno berikutan tindakan Datuk Kamalia Ibrahim
bertanding atas tiket Bebas.
“Namun PAS
perlu kepada kekuatan tersendiri untuk menang, bukannya kemenangan itu
atas dasar lemahnya Umno-Barisan Nasional, jelas beliau, dipetik dari
harakahdaily.
Datuk
Kamalia kecewa dengan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak
memberi kerusi Parlimen itu untuk bertanding tetapi sebaliknya beliau
diberi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan, di Perak.
Beliau
yang juga naib ketua wanita Umno menyifatkan tindakan Najib ini sebagai
satu penghinaan terhadap kaum wanita kerana usaha dan gerak kerja
beliau selama ini dianggap seperti sampah.
Jambatan Manong
Pada PRU
kali ini, Khalil Idham mengutarakan lima tawaran kepada para pengundi
di Parlimen Kuala Kangsar, pertamanya berhubung pembinaan Jambatan
Manong ke Seberang Manong yang sehingga kini sudah tiga kali diadakan
majlis pecah tanah, jambatan tidak juga siap.
“Saya berjanji dalam masa setahun, saya akan tahu jawapannya bagi meneruskan pembinaan jambatan tersebut,” katanya.
Kedua,
berhubung pengangkutan awam yang digunakan untuk orang ramai dari Kuala
Kangsar ke Simpang Tiga yang sekarang ini begitu daif dan uzur akan
digantikan dengan yang lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat kembali
berkuasa di Perak.
“Kita akan usahakan bas yang lebih baru dan selesa kepada rakyat bagi laluan Kuala Kangsar ke Simpang Tiga Beruas,” ujar beliau.
Menurutnya
dengan bantuan dari kementerian dan agensi yang berkaitan beliau akan
usahakan bas yang lebih selesa kepada masyarakat di kalangan pelajar,
ibu tunggal dan berbagai lapisan masyarakat yang menggunakan bas itu.
Sebelum
ini beliau pernah mendedahkan bagaimana daifnya bas yang digunakan di
kawasan itu dan beliau sendiri telah menaiki bas syarikat tersebut yang
disifatkan terlalu uzur dan merbahayakan penumpang terutama pelajar
sekolah.
“Bas tersebut sudah berusia 50 tahun dan selayaknya sudah berada di muzium,” katanya.
Beliau
turut menyentuh penempatan di dua kampung iaitu Kampung Baru Jerlun dan
Kampung Tersusun Senggang yang sehingga kini penghuninya tidak
mendapat hak milik kekal.
Dalam
manifesto Pakatan Rakyat telah dinyatakan untuk memberikan geran tanah
kekal untuk Kampung Tersusun dan Kampung Baru, Kerajaan Pakatan Rakyat
akan menunaikan janjinya, kata beliau.
Menurut beliau Kampung Baru Jerlun didiami kaum Cina, manakala di Kampung Tersusun Senggang dihuni oleh orang Melayu.
Status tanah
“Terdapat
112 lot tanah yang didiami oleh orang Melayu di Kampung Tersusun
Senggang yang hingga kini tidak apa apa status tanah, bila berlaku
kematian, menjadi masalah kepada pewaris kerana tanah itu tidak ada apa
apa status tanah.
“Begitu
juga terdapatnya penempatan kecil orang Melayu, Cina dan India yang
tinggal di rezab sungai dan jalanraya, kita akan menyelesaikan massalah
ini nanti bila Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih negeri ini,”
katanya lagi.
Tawaran
keempat yang ditengahkan kepada pengundi di sini ialah beliau mahu
menyelesaikan masalah perparitan yang serius di Kampung Bendang Kering.
Pada tahun
2007, jelasnya kerajaan telah membina longkang bagi menyelesaikan
masalah perparitan di kampung tersebut, tetapi longkang tersebut tidak
cukup besar dan panjang, sekarang ini longkang tersebut ada yang sudah
pecah dan runtuh.
“Sistem perparitan di sini akan kita perbetulkaan balik bila Pakatan Rakyat berkuasa nanti,” ujar beliau.
Katanya
lagi, tawaran terakhir berhubung industri Labu Sayung yang ada sekarang
akan ditingkatkan lagi menjadi lebih baik sejajar dengan perkembangan
semasa demi mempertingkatkan industri tersebut, katanya.
Pada PRU12
calon BN, Datuk Seri Rafidah Aziz yang juga bekas Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri berjaya mengalahkan calon PAS, Dr Khairudin
Datuk Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi.
Kali ini,
Khalil Idham akan menghadapi pertandingan tiga penjuru. Selain Datuk
Kamalia, beliau berdepan cabaran daripada calon BN, Datuk Wan Mohamad
Khairil Anuar Wan Ahmad.
Beliau
dilihat mampu menarik para pengundi Cina di kawasan itu memandangkan
beliau keturunan Cina dan boleh berinteraksi dengan mereka, ini satu
kelebihan kepada beliau.
Jumlah
pengundi di kawasan Parlimen Kuala Kangsar ialah 33,607 orang di mana
pengundi Melayu berjumlah 67.96 peratus, Cina (23.94%), India (6.96%)
dan lain-lain (1.14%).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan