KEADILAN DAILY
MANILA: Angkatan Tentera Filipina (AFP) menolak dakwaan Menteri Pertahanan Malaysia bahawa pasukan keselamatan membunuh 35 tentera Sulu yang kononnya cuba memasuki Sabah untuk mengganggu PRU 13.“Kita semak dengan Tentera Laut Filipina dan Estearn Mindanao Command dan mereka tidak menerima laporan sedemikian,” kata jurucakap AFP, Colonel Arnulfo.
Aravelo bercakap dengan Komander Pasukan Petugas Tentera Laut berpangkalan di Tawi-Tawi pada 2.25 petang dan tidak menerima pengesahan berkaitan insiden yang didakwa Zahid Hamidi.
Beliau berkata demikian kepada InterAksyon, sebuah portal berita terkenal negara itu.
Hal sama turut disuarakan Colonel Edgard Arevalo, jurucakap Tentera Laut tentang hal ehwal Laut Filipina Barat.
Pemangku jurucakap Tentera Laut, Lieutenant Komander Gregory Fabic pula berkata, Western Command dan Pasukan Petugas Tentera Laut 62 yang berkuasa ke atas lokasi insiden itu, turut menafi dakwaan Zahid.
Kedua-dua pegawai Tentera Laut itu enggan mengulas mengapa Zahid membuat dakwaan itu.
Zahid sebelum ini mendakwa tentera Sulu ditembak selepas enggan berpatah balik walaupun amaran diberi agar tidak menyeberangi perairan Malaysia.
Pada Februari, lebih 200 pengikut Kesultanan Sulu ke Sabah untuk membuat tuntutan mereka terhadap wilayah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan