HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 April 2013

Isu pengundi Sabah dibawa ke Selangor

 

KL TODAY


Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi mendakwa terdapat penerbangan yang disediakan kepada rakyat Sabah ke Selangor bagi tujuan membuang undi pada 5 Mei ini.Beliau berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang kakitangan sebuah syarikat penerbangan.

“Daripada sumber dalaman pihak penerbangan sendiri, memang wujud penerbangan yang disediakan khusus untuk mereka di Sabah untuk ke Selangor,” katanya.
Beliau yang juga calon Parlimen Titiwangsa turut berkata, pihak PAS masih menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan bagi mengelakkan mereka mengundi pada 5 Mei ini.

“Kita tak tahu apa status mereka sekarang ini. Tapi kalau benar mereka ini pengundi hantu yang digunakan untuk mengundi BN di Selangor, kita kesal dengan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pilihan Raya dalam perkara ini,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.

Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).

Sementara itu, Zamri juga menegaskan, Juham tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-udang sekiranya mendapati wujud warga asing yang turut mengundi pada hari tersebut.


“Kalau memang ternyata mereka warga asing yang diberikan kad pengenaan semata-mata untuk mengundi, kita ada kuasa menahan mereka daripada berbuat demikian,” katanya.

Beliau juga menggesa SPR mengambil tindan segera dalam tempoh berbaki sebelum berlangsungnya hari pengundian.


“PAS harap SPR ambillah tindakan sewajarnya bagi memastikan demokrasi di negara ini benar-benar terlaksana,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendakwa mereka akan dibawa masuk secara berperingkat melalui ‘charter flights’ (penerbangan tempahan khas) daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

Langkah itu mampu menguatkan kemampuan Umno-BN untuk merampas kira-kira 11 kerusi DUN yang dimenangi PR Selangor. Ini kerana kerusi tersebut dimenangi dengan majoriti kurang daripada 3,000 undi.
Sekiranya di agihkan antara 11 kerusi DUN itu, ia mampu memberi pertambahan lebih 3,200 “pengundi percuma” kepada Umno-BN.

Jika Umno-BN mampu mempertahankan 20 kerusi DUN yang sekarang miliknya, kemenangan dalam 11 kerusi DUN milik PR Selangor akan membolehkannya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri.

Umno-BN memenangi 20 daripada 56 kerusi DUN pada pilihanraya 2008. PR Selangor memenangi 36 kerusi, tetapi hilang dua kerusi selepas dua ADUN PR Selangor, Badrul Hisham Abdullah dan Datuk Dr Hassan Ali, keluar dari gagasan itu.

Tiada ulasan: