Berita yang mengatakan UMNO akan menghadapi masalah besar dalam sehari dua ini telah saya dengar seminggu dulu. Semalan saya mendengar pula banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor terutamanya akan berlaku dalam tempoh yang terdekat ini. Jika benar berita ini ia tidak mengejutkan kerana saya telah menyebutnya setahun dahulu tetapi tidak pula menyangka yang keadaannya sampai ketahap membubarkan cawangan-cawangannya.
Saya selalu memberikan komen
tentang hasrat Najib dan Muhyiddin yang kali ini UMNO akan menurunkan
calon-calon yang ‘winnable’. Blog ini selalunya menyatakan yang mana mungkin
UMNO boleh menurunkan calon yang ‘winnable’ sedangkan UMNO itu sendiri sudah
tidak ‘winnable’ lagi. UMNO tidak ‘winnable’ lagi kerana pimpinannya tidak
‘winnable’.
Jika kita lihat di Selangor,
pemimpin yang sibuk untuk mengambil alih kerajaan PKR ini adalah pemimpin yang
sama yang telah di tolak oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya lalu. Tidak
nampak ada pimpinan baru yang boleh meyakinkan rakyat Selangor. Malahan
pimpinan UMNO Selangor telah kehilangan hidayah semeskali dengan meminta
Zulkifli Nordin sebagai calon bagi kawasan elit Shah Alam dan ini sekali gus
menjadikan orang ramai tidak lagi yakin terhadap kewibawaan UMNO Selangor itu.
Penyertaan Zulkifli Nordin itu
bukan sahaja menjatuhkan imej UMNO itu di Selangor tetapi menjatuhkan keyakinan
ramai terhadap UMNO di Seluruh negara. Itu belum di tambah lagi dengan isu yang
berlaku di Pasir Mas dalam mana UMNO sendiri telah berperanan untuk meletakkan
Ibrahim Ali sebagai calon UMNO malalui pencalonan bebas di sana. Semakin hampir kepada plihanraya
semakin banyak perkara yang buruk dihadapi oleh UMNO itu.
Di sebaliknya pihak PAS telah
mendapat lonjakkan yang besar di Selangor dengan penyertaan TS Muhammad
Taib dalam PAS yang sekli gus
meninggalkan UMNO buat selama-lamanya. UMNO telah mengabaikan ramai pimpinan
kerana ramai pimpinan yang tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan tidak di
indahkan oleh UMNO. Semangat PAS dan rakan Pakatan telah naik mendadak dengan
penyertaan Muhammad Taib. Jika berita banyak cawangan UMNO akan di bubarkan di
Selangor itu terjadi dalam masa yang terdekat ini ia tentunya sedikit sebanyak
kerana pengaruh Muhammad Taib itu tadi.
Itulah keadaan sebenarnya
walaupun cuba
diselindungi oleh UMNO sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan UMNO itu tidak
mungkin berjaya meletakkan calon ‘winnable’ dalam pilihanraya kali ini kerana
UMNO itu sendiribukan parti yang ‘winnable’.
Apa yang dihadapi UMNO sekarang
ini bermula tiga puluh tahun dahulu. Penyakitnya sudah berada dalam parti itu
sejak itu dan penyakit itu beransur-ansur merebak keseluruh tubuh UMNO itu
sendiri sehinggakan ia sudah melumpuhkan seluruh tubuh parti itu.
Sejak hampir tiga dekad dahulu
saya mengkritik dari dalam kerana di setiap peringkat pemimpin-pemimpin yang
‘winnable’ telah dihapuskan oleh sistem berparti yang di mulakan oleh Dr
Mahathir. Ramai pimpinan UMNO di peringkat Bahagian telah di ketepikan dan
hasilnya UMNO terpaksa memimilih calon-calon ‘winnable’ dari kumpulan pemimpin
yang tidak ‘winnable’ dalam sebuah parti yang sudah lama tidak ‘winnable’ lagi.
Rupa-rupanya kami mengambil
terpaksa mengambil masa hampir 30 tahun untuk membuktikan kebenaran ini. Bagi
ahli-ahli UMNO yang sedar, dan sebagai orang Melayu saudara-saudari sekelian
wajar memberikan dukungan kepada PAS kerana PAS sahajalah yang ada sebagai
pilihan kepada orang Melayu sekarang ini.
Kewajaran orang Melayu untuk
beramai-ramai memberikan sokongan kepada PAS itu tidak boleh dinafikan oleh
sesiapa kecuali mereka yang sudah hilang segala hidayah politik mereka. PAS
sahajalah nampaknya sampai kesaat ini membuktikan segala janji-janjinya di
tepati.
Yang lain itu mungkin masih
bergelumang dengan masalah-masalah masing-masing, dari masalah berebut-rebut jawatab
kerana masih mempunyai DNA UMNO itu, dan masalah parti yang masih rasis yang masih
tidak dapat di pecahkan dalam ‘mind-set’ mereka.
Oleh kerana yang lain itu masih
dengan cara mereka yang lama maka rakyat harus memilih parti yang sudah benar-benar
terbuka untuk perubahan yang di mahukan oleh rakyat sekarang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan