HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 April 2013

Anwar akui kehadiran ceramah besar tidak menjanjikan undi

Oleh Syed Jaymal Zahiid


PETALING JAYA— Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui hari ini kehadiran besar dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) tidak semestinya menjamin undi.

Ketua umum PKR itu walau bagaimanapun mengatakan angka besar itu dapat mencerminkan “kadar semangat” yang boleh diambil sebagai tanda positif untuk pakatan pembangkang persekutuan menjelang pilihan raya 5 Mei.

“Tidak semestinya, kamu benar,” kata Anwar apabila ditanya apakah beliau merasakan kehadiran besar dalam ceramah PR boleh menjadi indikasi meningkatnya sokongan terhadap gabungan itu.

“Akan tetapi, saiz hadirin adalah jelas membanggakan. Ia akan mencerminkan kadar semangat kerana kita tidak menyediakan bas, tidak menyediakan makanan percuma, tidak menyediakan peruntukan RM20 seperti yang lain lakukan,” katanya.

Tiada ulasan: