HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 April 2013

Wacana Sinar petang ini kupas Manifesto PRU13 BN vs PR

Wartawan Sinar Harian

wacana siri 19
SHAH ALAM - Di sebalik suhu hari pengundian Ahad ini yang semakin meningkat, Sinar Harian menganjurkan wacana yang mengupas topik Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat, petang ini.

Wacana siri ke-19 ini mengetengahkan pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin; penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.

Wacana kali ini yang berlangsung dari jam 3 hinggga 5 petang, di lokasi tradisi iaitu Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, akan dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Sinar Harian Online dan mobTV merupakan penganjur bersama.


Wacana Sinar Harian ke-19 bermula. Dr Mansor: "Penjajah sesatkan kita dengan dunia politik kita dari awal"

Dr Mansor: "Politik di Malaysia lebih tertumpu kepada institusi."

Kata Dr Mansor, "di Malaysia ini, institusi ini juga satu masalah kepada kita."

Kata Dr Mansor, "bila kita bahas tentang politik, demokrasi - kita kena celik literasi politik termasuklah manifesto parti."

Dr Mansor kata lagi, "kita kena banyak membaca barulah kita tidak terperangkap dengan manifesto yang dibentangkan ini"

Dr Mansor: "Parti boleh datang dengan prinsip, dasar dan manifesto tetapi mestilah berubah mengikut dengan masyarakat."

Dr Mansor: Umno berideologikan kapitalisme dan liberalisme, manakala MCA hanya kapitalisme."

Dr Mansor: "Masyarakat sekarang tidak lagi melihat dari segi kanta agama dan kaum."

Kata Dr Mansor lagi, "masyarakat kita sudah jadi masyarakat rencang. Siapa yang dpt mengurus perbezaan ini maka mereka yang akan menang."

Dr Shaharuddin: "Manifesto baru timbul dalam persaingan politik."

Dr Shaharuddin: "Persaingan bermula sejak 1999 antara BN dan PR. Sebelum ini hanya fokus kepada parti politik masing-masing."

Dr Shaharuddin: "Selepas 55 tahun merdeka berlaku perubahan, susana perlu digembar-gembur dan dibahaskan."

Dr Shaharuddin: "Untung kepada pihak yang keluarkan dulu (PR) tapi yang keluar kemudiannya terdedah kata tiru."

Dr Shaharuddin: "Dulu kereta tak boleh diturun harga tapi selepas ada manifesto, kata boleh, terus ada manifesto kata boleh turunkan harga."

Dr Shaharuddin: "Daripada kajian 63 peratus kata manifesto perlu didebatkan."

Dr Shaharuddin: "63 peratus kata perlu debat manifesto, 11 peratus kata tak perlu, selebihnya tidak pasti."

Dr Shaharuddin: "Singapura yang dahulu sebuah negara yang territori, pun ada debat perdana menteri."

Dr Shaharuddin: "Jadi, masih belum terlambat ada lagi 4 hari untuk berdebat."

Dr Shaharuddin: "Kita sudah 55 tahun merdeka, apa yang nak takut jika berdebat, ia tidak akan mencederakan sesiapa."

Dr Maszlee: "Saya tertarik dengan 65 peratus itu. Tak perlu tunggu 55 tahun lagi. Ini kalilah."

Dr Maszlee: "Kalau mahu politik matang, kita kena berubah kecuali kalau ada debat dalam 2 atau 3 hari ini, kita kena fikir baliklah."

Kata Dr Maszlee lagi, "saya tak tahu bila manifesto digunakan. Tapi di negara maju manifesto benda penting. Politik bukan sekadar PRU."

Dr Maszlee: "Saya setuju dengan Prof Mansor. Perbincangan manifesto masih baru. Idea lawan idea."

Kata Dr Maszlee: "Manifesto dihasilkan dari ideologi. BN lebih kepada kroni kapitalisme, lebih pragmatik. Ideologi untuk kekal kuasa."

Dr Maszlee juga berkata, "PR kalau baca dari kaca mata ideologi, sangat sukar nak faham, tapi mereka ingin perubahan dan bawa harapan rakyat."

Dr Maszlee: "Manifesto BN begitu detail. Angka pun detail, mahu tunjuk bahawa mereka tahu 'how to govern'."

Kata Dr Maszlee, "PR terselamat sebab sebelum ini tak ada manifesto."

Jelas Dr Maszlee, "BN selain 22 poin tiru PR, kena lihat bagaimana manifesto 2008 ditunaikan."

Tambah Dr Maszlee, "kalau PR berkuasa pun menjelang PRU14, kita akan buat, lihat ditunai atau tidak, perkara yang sama."

Dr Maszlee: "BN yang tampil dengan janji ditepati tak mampu laksana manifesto 2008 termasuk isu keselamatan, ekonomi, rasuah, pembangunan dan agama"

Dr Shaharuddin: "Apa kehendak rakyat maka sebabkan PR wujudkan Manifesto Harapan Rakyat."

Dr Shaharuddin: "Top down approach, bergantung pada agensi kerajaan."

Dr Shaharuddin: "Saya tak yakin manifesto BN dibuat sendiri oleh orang dalam parti politik tetapi serahkan kepada agensi lain."

Dr Shaharuddin: "Berdasarkan kajian Umcedel, menunjukkan kajian sokongan rakyat lebih kepada PR."

Dr Shaharuddin: "Sedangkan ada masa lagi 4 hari untuk betulkan kelemahan."

Dr Shaharuddin: "PR sendiri selepas bentang manifesto selepas dapat reaksi OKU dan sebagainya, mereka betulkan."

Dr Shaharuddin: "Daripada kajian Umcedel, manifesto PR lebih yakin daripada BN"

Dr Shaharuddin: "Kalau ada perdebatan berkaitan manifesto, sudah tentu lebih matang."

Dr Shaharuddin: "Tapi lepas penamaan calon, banyak isu tak penting ditimbulkan. Lebih baik tumpu pada manifesto"

Soalan moderator: "Adakah apa yang diminta itu, diberi adalah baik?"

Dr Maszlee jawab: "Menarik bila bercakap tentang elok atau tak bagi apa diminta."

Jelas Dr Maszlee, "cuma saya tertarik dengan kata-kata Prof Mansor, siapa yang buat manifesto?"

Kata Dr Maszlee, "ia dibuat berdasarkan apa yang rakyat perlu, bukan mahu. Isu dibangkit PR menarik rakyat sebab itu yang diperlukan."

Jelas Dr Maszlee, "BN bukan kata tak elok (beri BRIM, KR1M). Bagusnya memang untuk orang yang 'low income'.

Dr Maszlee juga berkata, "tapi adakah ia menyelesaikan masalah mereka? Ia tak 'sustain'."

Dr Maszlee menambah, "berbanding kalau harga minyak turun, pendidikan percuma, harga barang turun... bagi-bagi ini (BR1M) dari mana datangnya duit? Pinjam, bond?"

Dr Maszlee jelas, "mencari di mana 'income' itu. Kalau berhutang, tak elok. Dalam Islam pun tak elok."

Soalan kepada ahli panel Wacana: "pendidikan percuma ajar manusia jadi pemalas dan tak produktif?"

Jawab Dr Maszlee: "Antara pendidikan percuma dengan pencapaian... di Jerman contohnya, pendidikan mereka percuma, tak timbul tak produktif."

Tiada ulasan: