Ketua
Biro Keselamatan Kampung Baru Ab Malek Salleh berkata pemilik tanah
Kampung Baru tidak akan 'dengan mudah menjual tanah itu'. -
Gambar-Gambar The Malaysian Insider
KUALA
LUMPUR— Sebuah kain rentang kelihatan digantung di Kampung
Baru bagi menyatakan pendirian Umno Titiwangsa yang akan mempertahankan
setiap inci tanah di perkampungan tertua dan berada ditengah-tengah
bandar Kuala Lumpur itu.Mesej tersebut berserta dengan tandatangan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang berhadapan cabaran besar untuk merampas kerusi tersebut daripada PAS pada Pilihan Raya 2013, 5 Mei depan.
Di tengah pergelutan tersebut, pemilik tanah Kampung Baru bimbang 230 ekar tanah yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit dan dibayangi Menara Berkembar Petronas akan diambil untuk tujuan pembangunan.
“Terdapat satu isu pembangkang mainkan - jika pemilik tanah dan waris tanah mengundi BN, kerajaan akan mencuri tanah,” kata Johari semasa melawat Taman Maluri di sini semalam.
“Dalam Akta Kampung Baru, tidak ada menyatakan kerajaan akan mengambil tanah itu. Ia hanya untuk memudahkan pemilik tanah membangunkan tanah,” kata pemangku ketua bahagian Umno Titiwangsa itu.
Tanah tersebut yang asalnya dimiliki oleh kesultanan Selangor telah diwariskan kepada masyarakat Melayu oleh Sultan Abdul Samad 113 tahun yang lalu.
Kampung Baru merupakan simbol budaya masyarakat Melayu, malah pengasas Umno juga sering mengadakan mesyuarat di situ. Kampung bersejarah tersebut juga merupakan tempat bermulanya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dan kemudiaan menyaksikan kebangkitan Reformasi yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Johari menegaskan semalam kerajaan tidak “mudah untuk mengambil alih tanah”, berkata Kanun Tanah Negara perlu dirujuk sebelum boleh mengambil alih tanah yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit untuk kegunaan awam.
Johari mengakui hanya 30 peratus pemilik tanah bersetuju untuk membangunkan 230 ekar tanah itu.“Kemudian,
kamu perlu membayar harga mengikut nilai komersial. Jika harga KLCC
ialah RM2,000, Yap Kwan Seng adalah RM1, 200, Jalan Tun Razak adalah
RM800, jadi kamu perlu mengikut sekitar nilai itu. Kamu tidak boleh
mengambil tanah rakyat semata- mata untuk membina jalan raya dan
membayar RM200, RM300,” kata Johari, merujuk kepada Kuala Lumpur City
Centre (KLCC).Johari mengakui hanya 30 peratus pemilik tanah bersetuju untuk membangunkan 230 ekar tanah itu, serta menyatakan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ditubuhkan untuk mencari pelabur bagi memberi dana kepada pemilik tanah yang kekurangan modal, disamping memastikan mereka terus menerima bantuan kewangan semasa proses pembangunan dijalankan.
Usahawan tersebut mengkritik lawannya di Titiwangsa dari PAS, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi kerana menanam ketakutan dikalangan pengundi Kampung Baru dengan mengatakan kerajaan “merompak tanah mereka”.
“Saya sudah mempertahankan ini sejak dahulu lagi, tetapi pembangkang tidak mendengar suara saya. Kami telah menukar Akta banyak kali di Parlimen kerana fasal tertentu tidak dipersetujui. Akhirnya kita sampai ke peringkat dimana semua orang bersepakat dan berkata, ini adalah yang terbaik,” kata Johari.
Ahmad Zamri, bagaimanapun, memberitahu The Malaysian Insider ramai pemilik tanah Kampung Baru bimbang tentang rancangan pembangunan kerajaan, mengatakan kebimbangan mereka tidak diambil serius dan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 dibuat tanpa mengambilkira suara mereka.
Bukti kepada kebimbangan penduduk Kampung Baru, terdapat kain rentang besar berhampiran yang tertulis: “Umno Titiwangsa akan mempertahankan setiap inci tanah Kampung Baru daripada diambil oleh mana-mana pihak walaupun dengan kekerasan”.
Ketua Biro Keselamatan Kampung Baru Ab Malek Salleh berkata kepada The Malaysian Insider semalam pemilik tanah Kampung Baru tidak akan “dengan mudah menjual tanah itu”.
Ahmad Zamri berkata ramai pemilik tanah Kampung Baru bimbang tentang rancangan pembangunan kerajaan. “Pihak-pihak
tertentu boleh mengatakan pelbagai perkara, seperti tanah kami diambil
untuk pembangunan. Tetapi hakikatnya, kami tidak akan mengorbankan
harta kami,” kata Malek, 60, yang enggan menyatakan sama ada menyokong
PAS atau BN dalam Pilihan Raya 2013.Peniaga kedai runcit berhampiran Masjid Kampung Baru mempersoalkan nasib penduduk jika kerajaan membangunkan tanah tersebut.
“Kami telah tinggal di sini selama beberapa dekad. Jangan bercakap tentang hendak menjual, berpindah pun kami tidak akan lakukan,” kata peniaga berusia 69 tahun, yang enggan namanya disiarkan.
“Tanah ini adalah hadiah daripada Sultan Selangor itu. Kami tidak akan hanya menjual tanah ini. Jika kami menjual, orang-orang yang akan membangunkannya pemaju swasta. Siapa yang dapat keuntungan?
Penduduk tidak akan mendapatkan apa-apa keuntungan. Walaupun diberikan pampasan, berapa lama wang itu boleh tahan? “katanya.
Walau bagaimanapun, Johari, yang dilahirkan dan membesar di kawasan setinggan Kampung Pandan sejak tahun 1964, berkata beliau tidak mahu melihat penduduk Kampung Baru terus tinggal di kawasan setinggan yang hanya berjarak ratusan meter dari pusat membeli-belah mewah KLCC.
“Saya tidak mahu mereka tinggal di kawasan setinggan,” katanya.
Masyarakat Melayu adalah pengundi majoriti di Titiwangsa daripada jumlah keseluruhan 55, 388 orang pengundi dengan 68 peratus, manakala kaum Cina dan India terdiri daripada 20 peratus dengan masing-masing 10 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan